• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekanda Sulung Raja Perlis Mangkat

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Tengku Puteri Utama Datuk Seri DiRaja Sharifah Salwa Tuanku Syed Putra Jamalullail, kekanda sulung Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mangkat hari ini.

Setiausaha kerajaan negeri Ahmad Zamri Khairuddin yang membuat pengumuman melalui RTM tengah hari tadi berkata almarhumah Tengku Puteri Sharifah Salwa, 74, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pada pukul 11.15 pagi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian almarhumah dan sejak bila baginda dimasukkan ke HSB.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Tuanku Syed Putra Kangar selepas solat Asar pukul 4.30 petang sebelum dibawa ke Makam DiRaja di Arau untuk istiadat pengebumian, katanya.

Ahmad Zamri berkata orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada almarhumah di masjid tersebut mulai pukul 4 petang dan dinasihatkan memakai pakaian sopan berwarna putih, baju kebangsaan, jubah atau kemeja dan kopiah berwarna hitam.

Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ibu saudara baginda itu dimasukkan ke HSB kerana mengidap demam denggi berdarah sejak beberapa hari lepas.

Almarhumah merupakan anak sulung Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah, berkahwin dengan Tengku Bendahara Sulaiman Tengku Abu Bakar, iaitu anak saudara Sultan Johor, Sultan Ismail.

Tengku Puteri Sharifah Salwa meninggalkan empat orang anak iaitu seorang putera dan tiga puteri serta beberapa orang cucu.

Semasa hayatnya, Tengku Puteri Sharifah Salwa aktif dengan kerja-kerja amal dan merupakan pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Perlis dan juga Naib Pengerusi 1 Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra Kangar. – BERNAMA

Tags: Raja Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

Hafizul Dipercayai Mahu Larikan Diri Ke Makkah Melalui Thailand – Polis

Peniaga Ketam Didakwa Hina Raja Perlis

16/04/2024
0

KANGAR: Seorang peniaga ketam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd