• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartun Tom & Jerry Punca Militan Daesh Wujud – Pegawai Mesir

oleh
07/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Kartun kegemaran ramai yang sudah 70 tahun menghiburkan penonton seluruh dunia, Tom and Jerry didakwa menyemai sentimen dan menggalakkan perbuatan ekstrem termasuk kumpulan militan Daesh.

Kartun bertemakan permusuhan klasik masing-masing antara seekor kucing bernama Tom dan tikus dikenali sebagai Jerry dikesan tanpa sedar berjaya mengajar kanak-kanak bahawa meletupkan orang lain adalah tidak salah.

Demikian pandangan oleh Ketua Khidmat Penerangan Kerajaan Mesir, Salah Abdel Sadek semasa menyampaikan ucapannya di Universiti Kaherah, di sini seperti yang dilaporkan oleh portal berita tempatan Egyptian Streets.

Beliau malah secara terbuka menyalahkan pengaruh hebat kartun tersebut atas kebangkitan organisasi pelampau antarabangsa Daesh yang kini disertai pengganas daripada lebih 70 buah negara termasuk warga Barat sendiri.

Salah juga menyatakan bahawa kartun tersebut serta permainan video komputer dan filem-filem ‘ganas’ membantu mencetuskan gejala fahaman keganasan dan pelampau di rantau Timur Tengah yang masih lagi bergolak teruk.

Bahkan beliau menambah bahawa siri kartun Tom and Jerry menyumbang kepada pemikiran songsang dan berbahaya bahawa konon aktiviti keganasan adalah ‘perkara biasa’ dalam kehidupan seharian manusia normal.

tom-and-jerry1

Menurut Egyptian Streets, Salah berkata: “Kartun itu memaparkan keganasan dalam bentuk lucu dan beri mesej seperti, ‘Ya, saya boleh memukul dia… dan saya boleh meletupkannya dengan menggunakan bahan-bahan letupan’.

“Ia seperti diterapkan dalam minda penonton tanpa secara sedar anggap ini sebagai perkara biasa.” Tom and Jerry mula ke udara pada 1940 dicipta oleh William Hanna dan Joseph Barbera diterbitkan Metro Goldwyn Mayer.

Beliau juga menambah bahawa kini sudah menjadi sesuatu yang lazim untuk golongan anak muda untuk duduk berjam-jam lamanya, sekadar bermain permainan video yang mempunyai unsur-unsur keganasan cukup ketara.

Meskipun setelah Salah mengeluarkan komen sedemikian, setakat ini pemerintah Mesir masih belum mengambil langkah untuk mengawal penyiaran kartun Tom and Jerry serta permainan video, menurut Egyptian Streets.

Hannah dan Barbera menulis, mencipta dan mengarahkan sebanyak 114 sketsa Tom and Jerry antara tahun 1940 dengan 1957 dengan siri-siri asalnya itu pernah menerima tujuh pengiktirafan terbaik Anugerah Akademi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DaeshkartunTom and Jerry
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesemua 1,754 Pusat Pengundian Ditutup

Next Post

Menang Kejuaraan Liga – Menang Pulak Judi RM14.2 Juta

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

Next Post

Menang Kejuaraan Liga - Menang Pulak Judi RM14.2 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd