• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Terjumpa Pula Pencuri Motosikal Miliknya

oleh Ahmad Albab
30/05/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam – Perbuatan bodoh seorang remaja lelaki ‘melaram’ dengan motosikal dicurinya sejak tiga minggu lalu memakan diri apabila terserempak dengan pemiliknya yang bertindak mengejar dan menahannya di Taman Sri Muda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, suspek yang berusia 17 tahun menunggang motosikal model Yamaha Sport secara bersendirian di sekitar kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, pemiliknya iaitu seorang wanita berusia lingkungan 40-an bersama anak lelakinya berusia 17 tahun terkejut melihat motosikal itu menggunakan warna dan nombor pendaftaran asal.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, berikutan yakin motosikal itu sama dengan yang dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu, dua beranak itu mengejar suspek.

“Wanita yang juga pekerja kilang ketika itu menuju pulang ke rumahnya di sekitar kawasan berkenaan dan curiga melihat kelakuan suspek menunggang motosikalnya.

“Mangsa dan anak lelakinya kemudian menahan suspek lalu menghubungi Balai Polis Taman Sri Muda untuk tindakan lanjut,” katanya, di sini, semalam.

Menurut beliau, hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri motosikal itu di sebuah taman perumahan di kawasan berkenaan.

“Selain itu, suspek memberitahu melakukan kegiatan haram berkenaan bersama seorang lagi rakan yang masih bebas dipanggil ‘Mac Mellen’.

“Usaha memburu rakan suspek itu dijalankan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Kata Shafien, pihaknya menghargai tindakan berani dan kerjasama dua beranak itu menangkap penjenayah berkenaan.

“Bagi menzahirkan terima kasih, kami akan memberi surat penghargaan kepada mereka, sekali gus menjadi contoh terbaik kepada orang awam membantu polis memerangi jenayah,” katanya. – myMetro Online

Tags: Kes Curimotosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd