• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janda Bawa Anak Jual Diri

oleh Ahmad Albab
19/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu – Seorang janda dipercayai warga Thailand sanggup membawa anak lelakinya berusia dua tahun bagi mengaburi pihak berkuasa ketika menjalankan aktiviti pelacuran di hotel bajet di Jalan Hamzah di sini, malam kelmarin.

Lebih menyedihkan anak lelaki wanita berusia 23 tahun itu ditinggalkan bersama bapa ayam ketika dia melayan pelanggannya dengan bayaran RM120.

Bagaimanapun, wanita itu ditahan penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang menyamar sebagai pelanggannya dalam operasi bersama polis dan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bermula jam 9 malam sehingga 2 pagi kelmarin.

Wanita itu hanya mampu menangis teresak-esak ketika ditahan sementara bapa ayam berkenaan sempat melarikan diri dan meninggalkan anak lelakinya di tepi pintu bilik hotel.

Setiausaha MPKB-BRI, Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata, operasi berkenaan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kegiatan pelacuran di kawasan berkenaan.

Katanya, penguat kuasa MPKB-BRI menyamar sebagai pelanggan di kawasan berkenaan sebelum didekati lelaki menawarkan pelacur dengan bayaran RM120.

“Selepas dibawa ke bilik berkenaan, kami memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa dan menahan wanita itu. Lelaki berkenaan bagaimanapun sempat melarikan diri.

“Wanita itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, pada masa sama pihaknya turut menahan pondan yang turut menjalankan aktiviti pelacuran di kawasan itu.

Dia ditahan ketika leka menunggu pelanggan dengan bayaran RM60 dan diserahkan kepada kepada JAHEAIK untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes pelacuran di Kelantan adalah terpencil dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengelak kegiatan berleluasa.

Dalam operasi sama, MPKB-BRI turut menyita dua set karaoke di dua premis perniagaan di Kampung Chempaka dan Kampung Landak, di sini kerana beroperasi secara haram dengan jumlah keseluruhan rampasan RM25,000. – myMetro Online

Tags: jandapelacuran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gadis Terbabit Pelacuran Dihantar Ke Henry Gurney

Gadis Terbabit Pelacuran Dihantar Ke Henry Gurney

13/06/2024
0

Tampin : Seorang gadis yang mengaku salah melakukan aktiviti persundalan diperintah menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney, Melaka sehingga berusia...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

11 Ditahan Disyaki Tawar Khidmat Pelacur Di Australia

22/10/2023
0

BALIK PULAU: Polis menahan 11 individu termasuk enam wanita tempatan selepas disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dalam talian yang menyasarkan pelanggan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd