• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kedah Mahu Beli Bekas Pemain Barcelona Tak Benar

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menafikan KFA akan membeli bekas pemain Barcelona, Ricardo Quaresma seperti dilaporkan dalam media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata isu pembelian pemain itu yang dikatakan dengan yuran perpindahan bernilai RM1.9 juta tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat KFA.

“Saya ingin beritahu ia hanyalah khabar angin sahaja,” kata Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar kepada pemberita selepas pelancaran Kerja-kerja Undi 1 Kedah Untuk Penyelenggaraan Jalan Negeri Kedah, di sini hari ini.

Ketika ditanya tentang pemain penyerang dari Brazil, Carlos Eduardo de Souza Floresta atau Carlos Kahe yang mempamerkan permainan hambar sekaligus dilihat gagal membantu skuad Kedah, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita ambil pemain import kerana ingin lihat peningkatan pasukan Helang Merah dalam setiap perlawanan tetapi sekiranya ia tidak membantu … kalau perlu buat perubahan, kita akan lakukan bagi memastikan prestasi skuad Kedah sentiasa cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berharap skuad Kedah tidak hilang semangat juang walaupun tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, Sabtu lalu dengan kiraan agregat 4-3.

“Masa JDT bertandang ke Stadium Darul Aman lalu mereka tewas kepada kita, tetapi Sabtu lalu kita pula tewas kepada mereka.

“Dalam perlawanan, kalah menang itu biasa, jadi saya harap semua pemain tidak patah semangat untuk bermain dengan bersungguh-sungguh dalam perlawanan akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd