• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Musuh Rasulullah: Mufti Saudi

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh menyelar Iran kerana apa yang disifatkannya sebagai cubaan negara itu untuk mendapat tumpuan politik dari ibadah haji sepanjang 30 tahun lalu.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan kelmarin, Abdul Aziz turut mendakwa kerajaan Iran sebagai musuh ‘Masjidil haram dan Rasulullah (SAW)’.

“Teheran berbohong apabila menyatakan Arab Saudi menghalang rakyatnya melnunaikan haji,” kata Abdul Aziz.

Beliau juga menuduh Iran bertanggungjawab terhadap cubaan untuk mencetuskan kekacauan di Masjidilharam.

“Berapa banyak kesilapan dan pencabulan yang telah mereka lakukan sehingga ini. Antaranya, pada 1987 apabila ramai jemaah tidak berdosa terbunuh,” kata mufti itu.

Menurutnya, Iran cuba memalukan Arab Saudi dalam usaha menyembunyikan masalah yang ia sendiri cetuskan terhadap rakyatnya sehinggakan mereka tidak boleh menunaikan haji tahun ini.

Sementara itu, anggota pembangkang Iran yang juga ketua Parti Sirbitz Kurdistan, Aref Bawa Jani, berkata dasar dalam dan luar negara Iran bertujuan mencetuskan masalah antara Syiah dan Sunni.

Beliau juga mendakwa pemimpin Syiah Iran cuba meyakinkan penganut fahaman itu bahawa lawatan ke tempat suci Syiah di Iraq, khususnya Najaf dan Karbala, boleh menggantikan ibadah haji di Arab Saudi. – Agensi/myMetro Online

Tags: Arab SaudiIran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd