• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Telekomunikasi Digesa Main Peranan Tangani Isu Global

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Industri pemberi perkhidmatan telekomunikasi digesa memainkan peranan seiring dengan kerajaan dalam menangani isu global termasuk perubahan iklim.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata tanggungjawab itu tidak harus diletak di atas bahu kerajaan semata-mata kerana pemberi perkhidmatan telekomunikasi yang sentiasa berinteraksi dengan masyarakat boleh memainkan peranan terutama dalam aspek pengurusan sumber secara berkesan.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Dunia mengenai Forum Masyarakat Bermaklumat (WSIS) di Geneva berkata kerajaan dan swasta termasuk para pemberi perkhidmatan telekomunikasi telah bekerjasama dalam menangani isu perubahan iklim sejak 2009.

“Berlandaskan Objektif Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerajaan dan swasta telah bekerjasama dalam menangani isu berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar dengan memberikan fokus dalam aspek Pengurusan Karbon, Pengurusan Sisa dan Pengurusan Sumber secara berkesan,” katanya dalam ucapan dasarnya pada persidangan itu semalam.

Kerjasama tersebut termasuklah Inisiatif “Green ICT” dan “e-Waste”, katanya.

“Malaysia mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh industri ICT dalam menangani isu global. Oleh yang demikian, seiring dengan inspirasi untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, kerajaan terus komited bagi memenuhi objektif di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) dalam aspek kelestarian dan kebolehtahanan sumber dalam isu alam sekitar dan perubahan iklim oleh industri ICT,” katanya.

Pada persidangan sama, Malaysia turut memenangi lima anugerah daripada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) termasuk projek “Kemaman Smart Community” yang memenangi anugerah di bawah kategori Infrastruktur Maklumat dan Komunikasi.

Projek “Asia Pacific Green Data Centre Farm” merangkul anugerah di bawah kategori Aplikasi ICT e-Environment, manakala Universiti Multimedia Malaysia menggondol dua anugerah sementara Cybersecurity Malaysia membawa pulang satu anugerah di bawah kategori Aplikasi ICT:e-Science. – BERNAMA

Tags: Jailani Johari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budak Darjah 5 Ditendang, Disimbah Kicap Oleh Pembuli

Next Post

Malim Gunung Maut Dalam Kemalangan Di Dungun

Related Posts

Jangan Dedahkan Data Peribadi Anda Di Media Sosial

22/04/2017
0

HULU TERENGGANU - Orang ramai sekali lagi diingatkan agar tidak sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi mereka di media sosial. Mengingatkan demikian,...

Nilai Semula Akta Tandatangan Digital 1997 – Jailani

07/02/2017
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta menilai semula Akta Tandatangan Digital 1997 yang telah diguna pakai hampir...

Next Post

Malim Gunung Maut Dalam Kemalangan Di Dungun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd