• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bertemu Semula Anak Selepas Dirogol 80 Tahun Lalu

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIRA-KIRA 80 tahun yang lalu, Eileen Wagner telah dirogol ketika sedang berjalan pulang ke rumahnya di Wisconsin.

Ketika itu Eileen baru berusia 16 tahun. Selepas mengandung enam bulan, dia telah dihantar oleh ibu bapanya ke sebuah pusat yang menempatkan wanita yang mengandung dan anak mereka akan dijadikan sebagai anak angkat.

Bayi itu kemudiannya dilahirkan pada 15 April 1933 dan dinamakan sebagai Beverly Ann.

Kini selepas dia berusia 99 tahun, Eileen berpeluang bertemu dengan anak yang ditinggalkannya itu. Pertemuan itu adalah hasil usaha menantu Beverly iaitu Jeanette Foster.

Beverly bagaimanapun kini sudah berusia 83 tahun dan dikenali sebagai Dorien Hammann.

Dorien sendiri tidak menyangka pada usia berkenaan dia dapat bertemu semula dengan ibunya.

Sementara Eileen pula telah berkahwin dengan Richard dan mempunyai dua anak. Namun dia tidak pernah memberitahu mereka mengenai kejadian rogol itu.

Eileen dan Dorien akhirnya dipertemukan pada 25 April lalu dan dalam pertemuan berkenaan, masing-masing menyedari bahawa kedua-duanya mempunyai fesyen rambut yang hampir sama dan meminati sukan golf.

Dalam pertemuan itu, Eileen telah memberitahu Dorien mengenai keadaannya dan bagaimana dia terpaksa memberikan anaknya itu orang lain.

Eileen yang kematian suami pada 2006 juga akhirnya telah memberitahu keluarganya mengenai kejadian berkenaan.

“Anak saya, William balik ke rumah dan mendapati saya sedang menangis selepas saya dihubungi oleh Dorien.

“Saya memeluknya dan memberitahu perkara sebenar,’’ katanya.

Keluarga berkenaan akan berkumpul semula pada Ahad ini untuk menyambut hari jadi Eileen yang ke-100 dan kali ini Dorien akan mengunjungi ibunya bersama suami, anak, menantu dan cucunya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anakIbu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKR Arah Rafizi Lapor SPRM Rasuah Seks

Next Post

Luahan Sayu Kakak Mangsa Nahas Dua Beradik

Related Posts

Bapa Dijel 7 Tahun, Empat Sebatan Lakukan Amang Seksual, Miliki Video Lucah Anak

Bapa Dijel 7 Tahun, Empat Sebatan Lakukan Amang Seksual, Miliki Video Lucah Anak

19/03/2025
0

SEREMBAN - Perbuatan terkutuk seorang bapa yang melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung perempuan berusia 12 tahun lapan bulan...

Pekebun Disyaki Rogol Anak Sejak 10 Tahun Lalu

Pekebun Disyaki Rogol Anak Sejak 10 Tahun Lalu

23/01/2025
0

TELUK INTAN: Seorang pekebun ditahan di Changkat Jong di sini, semalam, kerana disyaki merogol anak perempuannya sejak 10 tahun lalu.IKUTI...

Next Post

Luahan Sayu Kakak Mangsa Nahas Dua Beradik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd