• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Beri Impak Positif Kepada Hasil Negara

oleh Ahmad Albab
10/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) berjaya memungut hasil cukai tidak langsung sebanyak RM27.31 bilion sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan sejak 1 April tahun lepas sehingga 8 Mei lalu.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jumlah menunjukkan pertambahan RM12.81 bilion berbanding kutipan dibuat mengikut sistem lama, Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST.

“Perlaksanaan GST juga memberi kesan positif terhadap hasil dan ekonomi negara selain impak terhadap fungsi jabatan,” kata Khazali ketika sidang media khas sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam ke-79 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Matrang Suhaili; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Datuk Abdul Rahman Othman; Timbalan Ketua Pengarah (GST), Datuk Subromaniam Tholasy dan Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan), Datuk Zulkifli Yahya.

Khazali berkata bagaimanapaun berkata masih terlalu awal untuk menilai sistem GST itu kerana baru setahun dilaksanakan namun sistem tersebut didapati amat positif.

“Sistem GST yang diguna pakai berjaya menstabilkan aliran ekonomi negara, belum ada tanda negatif malah pemilik perniagaan dan syarikat juga semakin memberikan kerjasama baik dalam melaksanakan GST.

“Ini bermakna tahap kesedaran penggiat perniagaan termasuk orang ramai bertambah baik bermakna mereka memahami dan boleh menerima sistem tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain Khazali berkata jabatan itu menubuhkan satu skuad khas bagi menangani kegiatan tonto dan akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Katanya penubuhan skuad itu juga bertujuan menambahbaik mutu perkhidmatan dan keberkesanan penguatkuasaan JKDM khususnya dalam melaksanakan operasi-operasi tertentu.

Skuad khas terdiri daripada 30 anggota terpilih itu akan dilatih secara intensif oleh pasukan polis bermula Julai ini, kata Khazali yang menambah tumpuan utama mereka ialah Lembah Kelang dan Putrajaya.

Beliau berkata JKDM merancang mengembangkan skuad berkenaan ke negeri-negeri secara berperingkat. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd