Ia merupakan detik-detik yang menakutkan bagi sekumpulan petugas berita sebuah stesen TV, Channel 7, di Ukraine apabila mereka ditembak oleh seorang lelaki ketika sedang merakamkan kemalangan jalan raya di bandar Odessa.
Dalam kejadian itu, tiga lelaki di dalam sebuah kereta yang terlibat dengan kemalangan terbabit telah keluar dari kenderaan itu dan cuba bersemuka dengan wartawan tersebut.
Secara tiba-tiba, berlaku tumbuk menumbuk antara mereka dan petugas media berkenaan.
Salah seorang daripada lelaki itu telah kembali ke keretanya lalu mengambil senapang patah.
Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling, dia telah menembak wartawan tersebut.
Tiga das tembakan dilepaskan ke arah petugas media itu sebelum mereka melarikan diri.
Nasib baik petugas media terbabit tidak mengalami kecederaan parah manakala pembuli jalan itu pula berjaya ditangkap polis.

