• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Asing Sisa Pepejal Mulai 1 Jun Ini Tetap Dikompaun

oleh Ahmad Albab
22/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan pengenaan kompaun bagi isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal di tujuh buah negeri yang menerima pakai Akta 672 tetap akan dilaksanakan mulai 1 Jun ini.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan, Hazilah Gumri berkata tiada sebarang penangguhan lagi walaupun terdapat permintaan daripada sesetengah pihak kerana masa yang cukup telah diberi untuk pelaksanaan tersebut.

“Sejak arahan mandatori Pengasingan Sisa Pepejal di Punca mula diwajibkan 1 September lalu, kita dapati 60 peratus daripada 20,000 responden yang kita pantau telah melaksanakannya, manakala 82 peratus lagi sedar mengenai arahan mengasingkan sisa pepejal di kediaman mereka.

“Tidak lagi timbul isu penangguhan terhadap penguatkuasaan kompaun mulai 1 Jun ini kerana kita semakin kekurangan ruang untuk menampung sisa pepejal dan 3R (Reuse, Reduce, Recyle) ini perlu disegerakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Taklimat Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Pengasingan Sisa di Punca (SAS) di sini hari ini.

Mulai 1 Jun ini, kesemua isi rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Perlis dan Pahang akan dikenakan kompaun RM50 bagi kesalahan gagal mengasingkan sisa pepejal di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Bagi kediaman bertanah RM50 bagi kesalahan pertama; RM100 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga.

Kediaman bertingkat RM100 bagi kesalahan pertama; RM200 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga.

Bagi kesalahan kali keempat dan seterusnya, isi rumah bakal berdepan tindakan mahkamah dan jika disabit kesalahan denda maksimum RM1,000 boleh dikenakan.

Walau bagaimanapun, Hazilah berkata tindakan undang-undang bukanlah langkah terakhir yang akan dilaksanakan kerana fokus utama kerajaan adalah untuk mendidik dan membentuk masyarakat yang mampu menguruskan sisa pepejal dengan lebih sempurna ke arah memelihara dan memulihara kelestarian alam sekitar.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Hazilah berkata sejak 1 Sept hingga 10 Dis tahun lalu, sebanyak 396,000 kilogram sisa kutipan kitar semula dikutip daripada kediaman penduduk dan juga premis perniagaan di tujuh buah negeri yang mengguna pakai Akta 672.

“Jumlah kutipan tertinggi mengikut kategori ialah daripada plastik iaitu sebanyak 114,000 kilogram daripada jumlah keseluruhan sisa yang dikutip.

“Adalah disasarkan jumlah ini akan terus meningkat dengan bermulanya arahan ini pada 1 Jun kelak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sisa Pepejal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bantu 217 Pengantin Baharu Miliki Rumah, Modal Perniagaan

Next Post

JPJ Cekup 2 Warga Pakistan Bawa Teksi Di Bukit Bintang

Related Posts

Syarikat Kumpul Barang Kitar Semula Didenda RM15K

05/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pengumpulan barang kitar semula didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan...

2 Tapak Pelupusan Sampah Bakal Dibina Di Sabah

14/11/2018
0

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri akan membina dua tapak pelupusan sampah baharu, masing-masing di Kota Marudu dan Semporna sebagai antara...

Next Post

JPJ Cekup 2 Warga Pakistan Bawa Teksi Di Bukit Bintang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd