• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Pergeseran, Kekal Bersatu Hadapi Dua PRK

oleh Ahmad Albab
21/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Perlu elak pergeseran dan kekal bersatu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kekal mewakili kawasan Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya kecil (PRK) di dua kawasan itu bulan depan.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memberikan ingatan itu berkata sebarang pergeseran sesama sendiri termasuk soal calon akan menyebabkan BN bakal menghadapi laluan sukar untuk mencapai kemenangan.

“Perlu utamakan parti dalam pilihan raya, kerana dalam pilihan raya adalah soal BN menentang parti pembangkang, dan calon bukanlah perkara utama yang perlu dipertimbangkan,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kejohanan Sukan kementerian itu di sini hari ini.

Beliau berkata soal siapa yang menjadi calon tidak sepatutnya menjadi isu besar kerana sesiapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pemimpin harus diterima dan disokong.

“Saya percaya pertandingan pada kedua-dua PRK itu nanti akan sengit …sebab itu saya tegaskan sikit sahaja perpecahan sesama sendiri boleh menyebabkan kita (BN) menghadapi masalah besar,” kata Ismail Sabri.

PRK bagi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor diadakan berikutan kematian penyandang masing-masing Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun. – BERNAMA

Tags: PRK Kuala KangsarPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK K.Kangsar: Peratusan Keluar Mengundi Tak Capai Sasaran

18/06/2016
0

KUALA KANGSAR - Pengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi dilihat punca peratusan pengundian tidak mencapai sasaran pada pilihan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd