• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dron Bantu Operasi SAR Nahas Heli Di Batang Lupar

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa keenam dan terakhir nahas helikopter di Batang Lupar turut dilakukan menggunakan teknologi dron hari ini.

Mangsa yang masih hilang ialah juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Dua petugas Unit Dron, Perkhidmatan Maklum Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 Telekom Malaysia, telah didatangkan khas dari Kuala Lumpur bagi membantu membuat pemantauan udara.

Seorang pengendali dron berkenaan, Shaiful Zamri Masri, 42, berkata dua model dron iaitu Phantom 4 dan Inspire 1 digunakan untuk tujuan membantu operasi pencarian.

Alat itu masing-masing mampu terbang selama 20 minit dengan jarak sehingga lima kilometer dan ketinggian sehingga 122 meter, katanya di pusat operasi SAR Lingga.

“Dua dron ini akan mengambil gambar dan juga video. Jika ada sebarang penemuan kita akan maklumkan kepada pusat operasi SAR.

“Setiap data yang diperoleh akan dikongsi bersama pasukan SAR,” kata Shaiful Zamri yang berpengalaman membantu SAR ketika gempa bumi di Sabah tahun lepas.

Seorang lagi pengendali dron ialah Muhamad Afiq Sadali.

Mayat lima mangsa yang ditemukan susulan nahas pesawat Eurocopter AS350, Khamis lepas terdiri daripada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, suami Noriah, Asmuni Abdullah, dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Sundaran Annamalai.

Turut berada dalam pesawat malang itu ialah Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Ahmad Sobri Harun, pengawal peribadi Noriah. – BERNAMA

Tags: Bombanahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd