• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denmark Lakar Sejarah Julang Piala Thomas 2016

oleh Ahmad Albab
22/05/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNSHAN – Denmark mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan Eropah pertama merangkul trofi Piala Thomas selepas menewaskan juara 13 kali, Indonesia 3-2 dalam aksi final, sebentar tadi.

Selepas lapan kali sekadar bergelar naib juara, percubaan kali kesembilan di pentas final membawa tuah buat Denmark yang meraih kejuaraan sulung selain mendapat sokongan daripada penonton tempatan.

Dalam aksi penuh dramatik di Pusat Sukan Kunshan, Denmark meraih mata pertama menerusi pemain perseorangan, Viktor Axelsen yang menewaskan Tommy Sugiarto 21-17, 21-18 tetapi Indonesia berjaya menyamakan kedudukan hasil kemenangan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan ke atas Mad Conrad Petersen-Mads Pieler Kolding 21-18, 21-13.

Denmark kembali di depan menerusi pemain perseorangan kedua mereka, Jan O Jorgensen yang tidak berdepan masalah untuk menewaskan Anthony Ginting 21-17, 21-12 tetapi Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi menghidupkan kembali peluang buat Indonesia dengan menyamakan kedudukan hasil kemenangan ke atas Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-16, 21-14.

Memasuki perlawanan penentuan, pengalaman jelas membantu Hans Kristian Vittinghus yang muncul wira apabila menyumbang mata kemenangan Denmark selepas menewaskan Ihsan Maulana Mustofa 21-15, 21-7.

Kekalahan di tangan Denmark menyaksikan kemarau selama 14 tahun dialami Indonesia bagi muncul juara berterusan sejak kali terakhir menjulang trofi Piala Thomas pada 2002 di Guangzhou, China. – Berita Harian

Tags: Piala Thomas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Korban Letusan Gunung Sinabung Meningkat

Next Post

Sesi Bincang Niaga Iklan Murah Bermula

Related Posts

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

04/05/2024
0

MALAYSIA perlu menunggu 34 tahun lagi untuk kembali memberi cabaran perebutan kejuaraan Piala Thomas apabila ditunjukkan jalan keluar setelah tumpas...

China Rangkul Piala Thomas Buat Kali Ke-10

28/05/2018
0

BANGKOK – China merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali ke-10 selepas berjaya menjinakkan Jepun 3-1 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan...

Next Post

Sesi Bincang Niaga Iklan Murah Bermula

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd