• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Pembangkang Tak Mampu Bawa Pembangunan

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELANGAU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin supaya menyokong calon BN Christopher Gira bagi memastikan pembangunan dapat dibawa di kawasan berkenaan.

Mesej serupa dibawanya supaya pengundi di DUN Meradong, Repok dan Semop memangkah simbol ‘dacing’ dengan memilih calon BN.

Menurutnya, jika calon parti lain dipilih pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu ini, mereka tidak mampu membawa pembangunan yang diinginkan kerana pemimpin-pemimpin terbabit hanya pandai bercakap.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan mesra di pekan Selangau di sini hari ini, dalam kempen bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 itu.

Ahmad Zahid berkata sokongan untuk Christopher menandakan sokongan kepada BN untuk terus menerajui pentadbiran negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

“Sokong Tok Nan (Adenan), sokong Christopher Gira. Sokong Christopher Gira, sokong Tok Nan,” katanya.

Timbalan perdana menteri berjanji akan membantu Christopher mendapatkan pembangunan yang diperlukan penduduk di kawasan Tamin.

Christopher sebelum itu, memohon supaya kerajaan menimbang antara lain, pembinaan kompleks kerajaan, kuarters penjawat awam, sebuah balai bomba dan sebuah sekolah menengah.

Dengan 14,948 pengundi, DUN Tamin menyaksikan pertembungan antara Christopher dengan calon Bebas dan PKR.

Pada perjumpaan bersama rakyat di Meradong, Ahmad Zahid berkata kemenangan BN di kerusi DUN berjiran Meradong, Repok dan Semop akan menjurus kepada pembangunan seterusnya dapat dibawa di kawasan berkenaan.

“Saya berjanji akan datang semula ke sini kalau ketiga-tiga calon ini menang. Setakat ini, apabila saya berjanji, saya akan tunaikan janji,” katanya.

Calon BN di Meradong ialah Ding Kuong Hiing, Datuk Seri Huang Tiong Sii (Repok) dan Abdullah Saidol (Semop). – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kartunis Zoy Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Usus

Next Post

Tolak Tajaan D’Herbs Elak Hak Rakyat Tergadai – MB Kedah

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Tolak Tajaan D'Herbs Elak Hak Rakyat Tergadai - MB Kedah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd