• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Hadi Beri Penjelasan Dahulu Mengenai Rang Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang Persendirian PAS berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat tidak bercanggah dengan Perlembagaan, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) itu berkata Rang undang-undang tersebut cuma usul yang mudah, semata-mata untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah untuk mengenakan hukuman ke atas orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membentangkan sendiri Rang Undang-undang itu telah membuat begitu banyak kenyataan untuk menjelaskannya.

“Malangnya ada pihak tertentu yang bertegas semata-mata “untuk menarik perhatian ramai” kerana mereka fikir mereka boleh menjadi popular pada pandangan bukan Islam.

“Saya berdoa semoga semua ini dihentikan kerana jika tidak, ia akan mewujudkan jurang yang berbahaya antara masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya.

Abdul Kadir berkata, pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh Rang Undang-Undang Persendirian itu telah lama tertangguh, satu keperluan bagi masyarakat Islam dan jelas selaras dengan semangat Perlembagaan.

“Dalam keadaan ini, ia adalah adil bahawa semua pihak yang bertanggungjawab harus menunggu Abdul Hadi memberi penjelasan mengenai Rang Undang-undang itu pada Oktober sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Selepas semua penjelasan diberikan dan Rang Undang-Undang itu telah dibahaskan dan hati nurani mereka masih tidak dapat menerimanya, maka mereka boleh menentang Rang Undang-undang itu,” katanya.

Pada 26 Mei, Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian, bertujuan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk menyebut bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, yang menyebut bahawa dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2A, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangIkatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Kekal Antara 20 Negara Paling Berdaya Saing

Next Post

‘Kelentit Rindu’ Bukanlah Nama Lucah – Ahya Rosli

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

Tiada Kerjasama UMNO Selagi Hadi Awang Presiden PAS

Tiada Kerjasama UMNO Selagi Hadi Awang Presiden PAS

08/07/2024
0

KUALA KANGSAR - UMNO membayangkan tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen...

Next Post

'Kelentit Rindu' Bukanlah Nama Lucah - Ahya Rosli

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd