• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayda Jebat Kena Ragut, Handbag Dilarikan 2 Lelaki

oleh AK-47
28/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NASIB malang menimpa pelakon dan penyanyi Ayda Jebat apabila beg tangan miliknya diragut oleh dua orang lelaki, kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Menurut penyanyi Pencuri Hati itu, ketika kejadian dia sedang berada di sebuah kafe yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

“Saya baru sahaja duduk dan mahu memesan minuman. Selepas saya membuka beg dan mengambil telefon bimbit, tiba-tiba datang dua orang lelaki ke meja saya dan melarikan beg tangan saya.

“Dalam beg tersebut terdapat wang tunai, kunci kereta, dompet dan benda-benda penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank.

“Malangnya, tiada kamera litar tertutup di kawasan kafe untuk mengenal pasti individu yang tidak bertanggungjawab itu dan saya terus segera membuat laporan polis,” kata Ayda.

Difahamkan, dia yang mengakui masih terkejut dengan insiden itu kepada Astro Gempak telah membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Taman Melawati.

Dalam pada pada itu, Ayda enggan berkongsi jumlah kerugian yang dialami atas nasihat pihak polis.

Selebriti kelahiran Melaka ini turut menasihati kaum wanita agar berhati-hati dengan keadaan sekeliling agar perkara yang sama menimpa kepada mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ayda Jebat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Bunuh Diri Di Lampu Isyarat Cetus Kekecohan

Next Post

Usahawan Raikan Pesta Iklan Ihsan TV Al Hijrah

Related Posts

Ayda Jebat, Nabil Bertunang Atas Talian

29/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Selepas menjalin hubungan rapat kira-kira setahun, Nabil Mahir dan Ayda Jebat bertunang secara atas talian, semalam. Nabil,...

Ayda Jebat Cipta Rekod Di Awan Biru

08/08/2019
0

KOTA KINABALU - Penyanyi, Ayda Jebat melakar sejarah apabila persembahan mini pertamanya yang diadakan dalam pesawat AK5106 dari Kuala Lumpur...

Next Post

Usahawan Raikan Pesta Iklan Ihsan TV Al Hijrah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd