• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Tempatan Calon Terbaik Di Dua PRK

oleh Ahmad Albab
21/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berpendapat anak tempatan merupakan calon terbaik bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Selangor bulan depan kerana mereka lebih memahami kehendak penduduk.

Katanya beliau tidak nampak calon dari luar kawasan berkenaan yang lebih berpotensi untuk dijadikan calon “payung terjun” oleh Barisan Nasional (BN) di dua kawasan itu.

“Sebaik-baik calon adalah anak tempatan kerana mereka pastinya dapat melaksanakan tugas dengan berkesan serta memahami kehendak rakyat di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keusahawanan 2016 kawasan Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus bahawa UMNO akan memberi ruang kepada calon luar dan bukan anak tempatan untuk bertanding dalam kedua-dua PRK itu.

Menjelas lanjut, beliau berkata BN perlu memilih kriteria calon yang boleh menang serta disukai penduduk setempat untuk mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen itu.

“Calon itu mestilah mempunyai ‘passion’ dan ‘dedicated’ kerana itu yang boleh menentukan kemenangan BN. Sekarang ini rakyat tidak mementingkan parti, tetapi rakyat memilih calon yang disukai dan disayangi.

“Calon itu juga bukan sahaja boleh diterima oleh UMNO Bahagian tetapi mesti diterima oleh parti komponen kerana BN merupakan parti berbilang kaum,” kata Mohamed Nazri.

PRK Kuala Kangsar perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun. – BERNAMA

Tags: Nazri Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Reman Lelaki Miliki Pistol Dalam Kenderaan Safee Sali Dilanjutkan

Next Post

Kebajikan Polis Sentiasa Mendapat Perhatian Kerajaan

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

Next Post

Kebajikan Polis Sentiasa Mendapat Perhatian Kerajaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd