• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Razif Junjung Kasih Sultan Kekalkan Jawatan MB Terengganu

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menjunjung kasih atas perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin untuk beliau terus melaksanakan tugas sebagai ketua pentadbir negeri.

“Syukur…saya yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya”, kata Ahmad Razif susulan pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dalam kenyataan media hari ini, Ahmad Razif berkata beliau turut bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikan Allah serta berterima kasih kepada Najib di atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan terhadap saya serta komitmen yang diberikan oleh beliau dalam menyelesaikan isu yang melanda negeri ini sejak minggu lalu.

“Segala spekulasi serta tanggapan yang dibuat sepanjang minggu lalu telahpun terjawab pada hari ini melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua kepimpinan negeri Terengganu untuk terus bergerak ke hadapan dan berjuang untuk negeri dan rakyat demi kesejahteraan semua,” katanya.

Sebelum ini timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukan Ahmad Razif apabila Sultan Mizan melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada beliau berkuat kuasa Jumaat, 22 April.

Najib hari ini berkata Ahmad Razif kekal sebagai Menteri Besar Terengganu dan keputusan itu dibuat selepas beliau menghadap Sultan Terengganu semalam membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Status Di Instagram, Pakai Baju Sama: Radin & Ayda Bercinta Ke?

Next Post

Festival Pelik Hias Rangka Mayat Dengan Pakaian Cantik

Related Posts

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

07/05/2018
0

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong...

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

06/05/2018
0

KUALA NERUS - Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau "Sea Felda", sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di...

Next Post

Festival Pelik Hias Rangka Mayat Dengan Pakaian Cantik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd