• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Pelajar Warga Nigeria Ditahan Disyaki Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Enam pelajar kolej swasta warga Nigeria dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah sekitar daerah Serdang ditahan dalam serbuan berasingan di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini pada Rabu dan semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Beliau berkata dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Seksyen 5, Taman Serdang Perdana dua hari lepas, polis menahan empat suspek lelaki dan seorang wanita.

Katanya, kesemua suspek merupakan pelajar kolej swasta sekitar Ampang.

“Hasil serbuan polis merampas satu ketul mampat dadah dipercayai ganja seberat 860 gram bernilai kira-kira RM3,000 dan 14 ketul bahan disyaki dadah yang dibalut dengan foil dengan berat 102g dianggarkan bernilai RM3,800.

“Punca bekalan dadah dipercayai dari kawasan Taman Connaught, Cheras dan semua suspek lelaki positif dadah jenis ganja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Megat Mohd Aminuddin berkata semalam polis menahan seorang lagi suspek lelaki ketika dia meletakkan kenderaannya di hadapan premis di Jalan SP 2/8, Taman Serdang Perdana.

Suspek merupakan pelajar kolej swasta di Jalan Tun Razak, dekat sini, katanya.

Menurutnya, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh polis dan kunci kereta jenis Myvi milik suspek turut dirampas.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu polis menemukan dua ketul mampat yang dibalut dengan plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja dengan berat kira-kira 2,000g anggaran bernilai RM7,600,” katanya.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula dari hari mereka ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: ganjawarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd