• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

43 Sungai Tercemar, Sebahagian Besar Di Kawasan Bandar

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Empat puluh tiga atau sembilan peratus daripada sungai di negara ini mengalami pencemaran, dengan sebahagian besar daripadanya berada di kawasan bandar, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut beliau, daripada 473 sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar, 186 atau 39 peratus didapati mengalamai sedikit pencemaran, manakala 244 atau 52 peratus lagi berada dalam keadaan bersih.

“Kebanyakan sungai yang mengalami pencemaran terletak di kawasan bandar, dengan sebahagian besar bahan yang mencemarkannya berasal daripada pelbagai sumber, termasuk air dari loji kumbahan, premis industri dan komersial serta akibat jumlah aliran yang kecil berikutan kawasan berturap yang begitu luas,” kata Wan Junaidi dalam ucaptama pada Seminar Mengenai Keselamatan Sumber Air Dalam Konteks Matlamat Pembangunan Mapan (SDGD) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya Datuk Hamim Samuri.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata beliau bimbang tentang endapan terampai daripada aktiviti pembangunan tanah apabila kawasan tanah yang luas dibersihkan untuk ditanam semula atau melaksanakan perusahaan tanaman komersial baharu.

Beliau berkata, dalam kebanyakan kes, langkah kawalan hakisan tidak banyak diberi perhatian dan sebahagian besar enapan akan dihanyutkan ke dalam laluan air ketika hujan.

“Saya menerima laporan bahawa paras kekeruhan sebatang sungai utama di Malaysia malah mencapai 6,000 Unit Kekeruhan Nefelometrik (NTU),” katanya sambil menjelaskan bahawa lazimnya, bacaan 1,000 NTU akan menyebabkan loji rawatan air terpaksa ditutup.

Wan Junaidi berkata Akta Sumber Air yang dicadangkan dijangka memantapkan lagi pengurusan sumber air di negara ini.

“Kementerian saya sedar bahawa komitmen dan kerjasama padu daripada semua pemegang kepentingan adalah diperlukan, terutama kerajaan negeri, dan atas alasan itu, kami telah pergi ke semua negeri untuk memberi penjelasan tentang pentingnya sikap bekerjasama dan menerima rang undang-undang dicadangkan itu,” katanya.

Wan Junaidi berkata, kementerian beliau juga komited untuk menyokong dan melaksanakan Agenda Pembangunan Mapan (SDG) 2030, terutama dalam aspek keselamatan sumber air bagi negara ini. – BERNAMA

Tags: Wan Junaidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd