• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Buat Bisnes Pakaian Jejaskan Pereka Fesyen

oleh AK-47
30/05/2016
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBANJIRAN selebriti tanah air yang menjalankan perniagaan berasaskan pakaian sejak akhir-akhir ini menimbulkan perasaan ‘kurang senang’ di kalangan pereka fesyen tempatan.

Ini kerana ia dilihat sedikit sebanyak memberi persaingan sengit kepada bisnes yang sebelum ini dipelopori pereka fesyen tanah air.

Hal ini turut diakui pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail yang berkata, “Secara jujurnya ia memang beri persaingan sengit kepada pereka fesyen kerana semua artis ada produk pakaian atau tudung jenama mereka sendiri.”

“Ia mengecilkan skop bisnes kami yang mana ingin mencari duta untuk produk kami sangat susah sekarang, tidak seperti dulu mereka membantu promosi untuk rekaan kami,” katanya memetik mStar.

Namun begitu, Ezuwan tampil optimis dengan memikirkan sesuatu rekaan yang unik dan menarik bagi menarik perhatian pengguna selain boleh bersaing dengan jenama selebriti terkenal lain.

“Kalau diukur dengan populariti sudah tentu peminat mereka mahu membeli pakaian yang dijual oleh artis-artis kesayangan mereka. Namun saya yakin bagi pereka fesyen pula mereka mempunyai kekuatan dengan tampil rekaan yang berbeza dan unik.

“Apa yang saya lihat rekaan yang dijual oleh artis selalunya rekaan yang diambil daripada mana-mana pereka lain dan hanya sekadar mengikut trend semasa,” ujarnya lagi.

Bersempena dengan kedatangan hari lebaran tahun ini, Ezuwan juga tampil dengan koleksi istimewanya sendiri, Paloma by Ezuwan Ismail yang terdiri daripada 40 rekaan eksklusif.

Ia dijual bermula dari harga RM299 hingga RM699 sehelai dan boleh didapati di www.palomasari.com bermula 27 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC

paloma
Antara koleksi Paloma by Ezuwan Ismail.
paloma1
Nasha Aziz merupakan Muse bagi koleksi Paloma by Ezuwan Ismail.

Tags: FesyenmyArtisselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd