• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pemilik Kereta Kerugian RM80,000

oleh AK-47
25/05/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Larkin Perdana : Tiga pemilik kereta mengalami kerugian lebih RM80,000 selepas kenderaan mereka terbakar yang dipercayai berpunca dari unsur khianat dalam kejadian di Larkin Perdana, Johor di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata kejadian berlaku di tempat letak kenderaan Blok A Pangsapuri Seri Impian, Persiaran Larkin Perdana di sini, kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, tiga kenderaan terbabit ialah jenis Volvo XC90 yang hangus di bahagian enjin hingga cermin hadapan, Toyota Vios dengan kesan terbakar di bahagian belakang dan Honda Civic yang terbakar di bahagian bawah kiri
penumpang.

13254100_1007832242599325_2919542464196658778_n

“Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak Forensik Bomba dan Forensik Polis . Pemeriksaan awal tidak menolak kemungkinan insiden itu adalah perbuatan jenayah iaitu khianat dengan menggunakan api.

“Pihak Polis menyeru orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat agar tampil memberi kerjasama untuk membantu siasatan sehingga tertangkapnya orang yang disyaki,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, semalam.Sulaiman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh
tahun dan denda, jika sabit kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: khianat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

05/03/2025
3

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di...

Pejabat Simpan Resit, Kompaun MBKT Terbakar Mungkin Kerana Khianat

Pejabat Simpan Resit, Kompaun MBKT Terbakar Mungkin Kerana Khianat

28/04/2024
0

Kuala Terengganu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan kebakaran yang berlaku di pejabat Majlis Bandaraya Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd