• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Virus Zika: KKM Sentiasa Berhubung Dengan Singapura

oleh Ahmad Albab
15/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan Singapura bagi mendapatkan maklumat terkini jangkitan virus Zika untuk tindakan pencegahan oleh kedua-dua negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap satu kes jangkitan virus itu yang dilaporkan di Singapura, Jumaat.

“Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan kes ini adalah kes import di mana pesakit tersebut dijangkiti virus Zika selepas melawat Brazil dan disahkan pesakit itu tidak pernah melawat negara ini,” katanya dalam kenyataan Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata tanpa pencegahan awal, Malaysia juga berisiko untuk mendapat kejadian kes import jika terdapat rakyat negara ini melawat negara yang telah berlaku jangkitan virus berkenaan.

Beliau berkata sebanyak 472 sampel telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan, namun, jangkitan virus itu tidak dikesan di negara ini sehingga 12 Mei lepas.

Selain itu, terdapat lima kes Guillain-Barre Syndrome dan satu kes microcephaly yang telah diuji untuk mengesan virus Zika dan keputusan juga didapati negatif, katanya.

Beliau berkata kementerian itu telah meningkatkan pemantauan di pintu-pintu masuk antarabangsa bagi pelawat asing dan rakyat Malaysia yang kembali daripada negara yang dilanda jangkitan virus Zika.

“Sehingga Mei tahun ini, saringan telah dilakukan terhadap 89,640 pelawat dari negara yang melaporkan jangkitan virus Zika di pintu masuk udara, laut dan darat dan belum ada pelawat yang disyaki dijangkiti virus itu sehingga kini,” katanya.

Beliau juga menyarankan orang ramai supaya melaksanakan langkah-langkah pencegahan terutamanya memastikan persekitaran yang bersih dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes, dan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan repelan.

Menurut maklumat terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 58 negara dilaporkan mengalami jangkitan itu dari Januari 2014 hingga 11 Mei 2016 tahun ini, katanya.

Virus Zika menyebabkan demam ringan dan bintik-bintik di badan, sakit sendi serta tidak menyebabkan kematian, namun ia dikaitkan dengan kejadian mikrosefali iaitu kelahiran bayi dengan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf iaitu sindrom “Guillain-Barre”. – mStar Online

Tags: KKMvirus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd