• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,754 Pusat Mengundi Disediakan Di Seluruh Sarawak Esok

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Setelah 12 hari mengharungi tempoh kempen dalam suasana tenang bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11), rakyat Sarawak akan keluar mengundi di 1,754 pusat mengundi di seluruh negeri, esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia mengendalikan pilihan raya itu dalam masa sehari melalui 2,789 saluran mengundi, disediakan di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan pedalaman, yang terpaksa diakses melalui pengangkutan udara bagi menjimatkan masa.

Kesemua pusat mengundi akan dibuka pada 8 pagi dan ditutup sepenuhnya pada 5 petang, namun ada beberapa pusat mengundi akan ditutup lebih awal bermula 9 pagi mengikut lokasi dan jumlah pengundi, kata SPR.

PRN-11 yang diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April lepas, menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN baharu berikutan persempadanan semula kawasan, menjadikan jumlah kerusi bertambah kepada 82 daripada 71, sebelum ini.

Kerusi-kerusi baharu itu ialah Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.

Pada hari penamaan calon 25 April lalu, parti pemerintah BN yang bertanding di kesemua 82 kerusi, mencapai kemenangan awal di dua kerusi DUN – Bukit Kota dan Bukit Sari, apabila calonnya Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, menang tanpa bertanding.

Dalam pengundian esok, BN bertanding di 80 kerusi DUN lagi, PKR 40 kerusi, DAP (31), Amanah (13), PAS (11), STAR (11), PBDS Baru (5), manakala 35 calon Bebas turut bertanding.

Sejumlah 1,138,650 berdaftar sebagai pemilih dalam senarai pemilih yang digunakan pada pilihan raya kali ini oleh SPR.

Mereka terdiri daripada 1,113,522 pengundi biasa, 25,022 pengundi awal yang terdiri daripada tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka, dan 106 pemilih tidak hadir luar negara.

Pada 3 Mei lepas, 72 peratus daripada 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan serta pasangan masing-masing telah menunaikan tanggungjawab mereka di 79 pusat mengundi seluruh negeri.

Jabatan Meteorologi Sarawak meramalkan cuaca mendung dan hujan di beberapa kawasan di Sarawak, termasuk di bahagian Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang, pada pagi esok.

Jurucakap jabatan itu memaklumkan pada sebelah petangnya, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di semua kawasan, manakala pada waktu malam, satu dua tempat di bahagian Bintulu dan Kapit, dijangka hujan.

SPR juga menasihatkan pengundi supaya keluar awal, selain bersiap sedia dengan payung semasa keluar mengundi berikutan keadaan cuaca yang diramal hujan, esok.

Pada PRN 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi DUN, manakala DAP menguasai 12 kerusi, PKR (3) dan Bebas (1).

DAP, bagaimanapun hilang satu kerusi apabila ADUN Pujut, Fong Pau Teck dipecat daripada parti berkenaan. – BERNAMA

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buat Keputusan Terbaik Demi Masa Depan Sarawak – Adenan

Next Post

Operasi SAR Nahas Helikopter Di Sebuyau Berpindah Ke Lingga

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Operasi SAR Nahas Helikopter Di Sebuyau Berpindah Ke Lingga

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd