KETIKA membuat liputan banjir besar yang melanda Houston, Texas, Amerika Syarikat semalam, seorang wartawan dari saluran ABC13, Steve Campion menjadi wira buat seorang warga emas yang terperangkap dalam insiden tersebut.
Video dramatik insiden itu secara kebetulan sempat dirakam rakan jurukamera Steve.
Masih memegang mikrofon, Steve bergegas menolong lelaki tersebut yang hampir lemas bersama-sama kenderaannya.
Sebaik berjaya membantu mangsa, Steve dengan profesional terus melaporkan malapetaka banjir bagi menyempurnakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya di sebalik ‘gangguan’ sebelum itu.
Banjir yang melanda daerah Houston telah menyebabkan ratusan penerbangan di Lapangan Terbang Intercontinental George Bush terpaksa dibatalkan selain sekolah dan pejabat ditutup. – MYNEWSHUB.CC