• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Malaysia Dipenjara, Simbah Air Panas Rakan Sekerja

oleh AK-47
13/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIAN-WEE SHOW, 28, berang dengan rakan sekerjanya selepas lelaki itu bertindak mengambil sepotong sosej dari pinggan teman wanitanya bertindak menyimbah air panas pada rakan sekerjanya itu.

Show seorang warganegara Malaysia yang berkerja di Turners and Growers di Whakatu berdekatan Hasting, New Zealand telah menyerang rakan sekerjanya Bin Wu yang berasal dari China pada Julai tahun lalu.

pour_00

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Show jelas kelihatan sedang duduk di salah satu meja di kafetaria itu sedang makan tengahari kemudian bertindak mengambil sebaldi air panas dan berjalan ke arah mangsa lalu menyimbah mangsa di kepala dan belakang badan.

Dalam kejadian itu, Wu terpaksa menerima rawatan di hospital selama dua minggu akibat melecur dan mungkin memerlukan masa selama dua tahun lagi untuk pulih sepenuhnya.

“Saya tidak mengenali lelaki itu. Sehari sebelum kejadian, terdapat sepotong sosej di kafetaria itu. Saya mengambil sosej yang terakhir itu.

“Saya tidak menyangka seseorang akan bertindak sedemikian rupa. Bukan saya atau pekerja lain… saya tidak tahu apa masalah dengan otak lelaki itu,” jelas Wu kepada stuff.co.nz

Show dijatuhi hukuman penjara lima tahun tujuh bulan oleh Hakim Geoff Rea di Mahkamah Daerah Napier pada Selasa.

Menurut hakim itu, ramai orang mengalami tekanan namun tidaklah mengambil jalan keluar dengan mencurah air ke atas orang lain, dan serangan itu adalah berpunca dari perkara yang kecil sahaja. -MYNEWSHUB.CC

Tags: New Zealandrakan sekerjasimbah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

Buruh Cabul Teman Wanita Kena Penjara

Guru Wanita Lebam Mata Ditumbuk Rakan Sekerja Lelaki

21/04/2024
0

CHUKAI: Seorang guru wanita cedera dipercayai akibat dipukul rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, hari ini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd