• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Terkejut Beli IPhone Tapi Dapat IPear

oleh
01/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang wanita China terkejut besar apabila mendapati telefon bimbit canggih ‘iPhone 6s’ yang dibelinya secara online, bukan mempunyai logo epal seperti kelaziman – tetapi logo buah pear pula.

Menurut laporan media antarabangsa yang memetik Huanqiu.com, gadis muda bernama Zhao, dari kota Wuxi, wilayah Jiangsu menangis sebaik sahaja membuka bungkusan ‘iPhone 6S’ itu kerana berasa tertipu.

Laman berita tempatan itu melaporkan, mangsa pada mulanya diminta hanya membayar 3,400 yuan (kira-kira RM2,050) bagi menempah pembelian seunit telefon bimbit model terbaharu berkenaan atas talian.

Ini setelah dia berhubungan dengan si penjual gajet itu juga menerusi online dan bersetuju membayar harga tersebut. iPhone 6S di pasaran China biasanya berharga paling murah 5,288 yuan (kira-kira RM3,180)

ipear1

Zhao menyangka dia berjaya mendapat harga yang berpatutan berbanding harga pasaran. Namun setelah memberi bayaran, si penjual memberitahu, telefon bimbit yang dipesannya itu konon dirampas pihak kastam China.

Justeru menurut laporan media tempatan, mangsa diminta pula untuk membayar lagi 5,000 yuan (RM3,000) untuk mendapatkan semula telefon bimbit yang disita tersebut daripada gudang simpanan pihak kastam.

Si penjual kemudian berjanji akan mengembalikan wang itu kepada Zhao nanti. Media China turut menerbitkan petikan perbualan menerusi telefon bimbit antara mangsa tersebut dan si penjual yang penipu itu.

Dalam perbualan mereka berdua itu, peniaga iPhone tersebut memperkenalkan dirinya sebagai pemilik kedai ‘penjualan langsung gajet tulen jenama iPhone yang berpusat di Hong Kong’.

ipear2

“Telefon bimbit anda ditahan oleh pihak kastam China. Anda mesti membayar cukai kastam sebanyak 5,000 yuan. Kami akan mengembalikan wangnya setelah barangannya itu tiba,” dakwa penjual berkenaan.

Zhao bersetuju menyalurkan wang berjumlah tersebut kepada si penjual, dan akhirnya menerima bungkusan ‘iPhone’ tetapi terperanjat apabila mendapati ia hanya berlogo seperti buah pear itu.

Mangsa penipuan itu kemudian segera cuba menghubungi semula si penjual berkenaan untuk mendapatkan kembali wangnya, namun usaha wanita tersebut memang langsung tidak berhasil.

Menurut laman Huanqiu.com itu lagi, sejak Januari lalu, ratusan kes penipuan melibatkan pembelian iPhone secara online dilaporkan berlaku di sekitar Wuxi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ChinaiPhone
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Ahmad Said Bagaikan Abang, Saya Sentiasa Maafkan”

Next Post

Unit 1MDB Lunas RM3 Bilion Pinjaman Bersindiket

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Next Post

Unit 1MDB Lunas RM3 Bilion Pinjaman Bersindiket

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd