• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Masak Lepas Tuduhan Tampal Karikatur PM Selepas Bayar Kompaun

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang tukang masak dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menampal cetakan kertas karikatur Perdana Menteri pada kereta peronda polis selepas membayar kompaun RM500 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid melepaskan Muhammad Zhafran Muhammad Zuhdi selepas dia bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM500 kepada PDRM.

Mahkamah turut memerintahkan wang ikat jamin RM1,200 dipulangkan semula kepada Muhammad Zhafran yang diwakili peguam Nik Zarith Nik Moustapha.

Terdahulu Pegawai Pendakwa ASP Zuraimi Kamarozzaman memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik dengan tertuduh membayar kompaun RM500 kepada PDRM.

Hari ini kes itu ditetapkan untuk sebutan.

Pada 6 April lalu, Muhammad Zhafran, 24, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menampal cetakan kertas yang berunsur mengaibkan dengan niat untuk membangkitkan pecah keamanan pada kereta peronda MPV polis dalam perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Cetakan kertas itu menunjukkan karikatur Perdana Menteri.

Muhammad Zhafran didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Melayu Off Jalan Tun Perak, Dang Wangi di sini, pada 3.30 petang, 2 April lepas mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: karikaturkompaun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Iphone Dicuri, Pelancong S’pura Kecewa Keselamatan Di KLCC

Next Post

KDN Pantau, Siasat Individu Terlibat Keganasan Di Sabah – Nur Jazlan

Related Posts

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

26/09/2024
0

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12...

Next Post

KDN Pantau, Siasat Individu Terlibat Keganasan Di Sabah - Nur Jazlan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd