• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Catu Air Di Negeri Sembilan – Mohamad

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Paras air di kesemua tujuh empangan di Negeri Sembilan masih berada dalam keadaan baik dan mampu bertahan sehingga dua bulan akan datang sekiranya tidak hujan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata untuk itu, tiada keperluan untuk kerajaan negeri melaksanakan catuan air.

“Dia punya status macam dululah…dia hujan (tapi) tak masuk dalam empangan, (tapi) hujan luar empangan. Kawasan empangan dalam keadaan yang stabil (dan) belum lagi sebabkan atau buatkan kita catu air.

“… tapi saya nak nasihatkan orang ramai supaya berhemat guna air. Kita masih boleh bertahan untuk dua bulan lagi tapi semua jangan membazir air. Dalam keadaan sekarang, (empangan) kita boleh bertahan sehingga bulan Jun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status terkini paras air di tujuh empangan iaitu empangan Gemencheh di Tampin, empangan Talang (Kuala Pilah), empangan Triang (Jelebu), empangan Sungai Terip (Seremban), empangan Kelinchi (Kuala Pilah), empangan Ulu Sepri (Rembau) dan empangan Sungai Beringin (Rembau).

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengenakan bayaran yang tinggi untuk lot tapak bazar Ramadan kepada para peniaga.

“Pihak Berkuasa Tempatan hanya mengenakan bayaran RM100 ke RM150 untuk bayaran angkut sampah dan sebagainya. Bazar Ramadan ini adalah peluang untuk peniaga … saya ada dengar khabar yang tapak diberikan pada harga RM2,000 hingga RM3,000 dan ia adalah kadar yang melampau.

Kalau bayaran tinggi, peniaga jangan berniaga di situ dan kalau orang tak tahu dia akan kata kerajaan yang mengenakan harga yang tinggi walhal kita mengenakan bayaran yang biasa,” katanya.

Katanya, sikap sedemikian akhirnya akan membebankan pengguna yang terpaksa membayar dengan harga yang mahal. – BERNAMA

Tags: Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kelantan Lakukan Pembenihan Awan Dalam Masa Terdekat

Next Post

Ular Sawa Batik Pula Masuk Sekolah

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

Next Post

Ular Sawa Batik Pula Masuk Sekolah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd