• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Suruh PKR Boleh Pergi Jahanam’ – Pemimpin DAP

oleh
26/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Anggota Parlimen DAP Tanjong dari Pulau Pinang, Ng Wei Aik membelasah teruk dengan menembak ‘roket’ kepada sekutunya sendiri susulan pertindihan banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini.

“Ask PKR to go to hell” (Suruh PKR boleh pergi jahanam) dicatatkan beliau menerusi komen dimasukkan dalam posting seorang pemimpin kontroversi DAP pusat, Hew Kuan Yau yang juga digelar sebagai Superman DAP.

Komen keterlaluan Wei Aik itu sebagai susulan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mengaku memang membenarkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian meletakkan calon di kerusi ditandingi wakil DAP.

Malah Menteri Besar Selangor itu dilaporkan memberikan kuasa kepada Bian untuk menandatangani surat watikah pengesahan calon PKR di enam kerusi yang sepatutnya ditandingi DAP sahaja bagi menentang wakil BN.

PKR dan DAP sejak selesai penamaan calon kini cuba ‘main selamat’ dengan menyalahkan satu sama lain kerana masing-masing enggan mematuhi perjanjian yang mereka sendiri tandatangani untuk elak pertindihan calon.

Salah satunya ialah kerusi baharu di Mulu menyaksikan pertembungan sesama sendiri calon DAP, Paul Raja dan calon PKR, Paul Baya menentang calon langsung BN, Datuk Gerawat Gala dan calon bebas, Roland Dom Mattu.

ng1

Manakala paling mendapat perhatian di kerusi Batu Kitang, apabila selain calon BN, Lo Khere Chiang, calon PKR, Voon Shiak Ni tiba-tiba disaingi pula calon DAP, Abdul Aziz Isa yang pada asalnya dirancang bertanding di Stakan.

Di Mambong, kerusi majoriti kaum Bidayuh, calon PKR, Willie Mongin dan calon DAP, Sanjan Daik bertarung dengan calon langsung BN yang juga menteri muda Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil selain calon PBDS, John Sireg.

Di Simanggang, Leon Jimat Donald (DAP) dan Norina Umoi Utot (PKR) menentang calon BN, Datuk Francis Harden yang juga menteri muda Sarawak serta dua calon bebas, Ngu Piew Seng dan PBDS, Dr. Nelson Insol Harry.

Di Ngemah, kerusi majoriti kaum Iban, Richard Lias (DAP) dan Thomas Laja Besi (PKR) serta seorang calon bebas, Joseph Jawa Kendawang disaingi oleh penyandang kerusi tersebut iaitu calon BN, Alexander Vincent.

Di Murum, kerusi baharu majoriti pengundi daripada kaum Orang Ulu, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR, Abun Sui Anyit, Chuk Pai Ugon (BN), Matthew Silek (DAP) dan wakil bebas, Stanley Ajang.

Pemimpin DAP Sarawak turut menyalahkan PKR sengaja mencabuli perjanjian antara sekutu Pakatan Harapan yang bersetuju DAP bertanding di 30 kerusi, manakala PKR pula 40 kerusi dan selebihnya diberi kepada PAN. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd