• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Lancar Buku ‘Conversation With Tunku Abdul Rahman’

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan melancarkan buku ‘Conversations With Tunku Abdul Rahman’ di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, di sini.

Buku yang diterbitkan bagi mengenang jasa Perdana Menteri Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu merupakan kompilasi rakaman temu bual antara Tunku Abdul Rahman dengan Tan Sri Abdullah Ahmad yang juga penulis buku berkenaan, yang berlangsung antara tahun 1982 ke 1984.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Sultan Perak bertitah bahan perbualan yang telah dibukukan itu mengandungi sebahagian daripada khazanah maklumat penting dan berharga.

“Tunku Abdul Rahman adalah nama yang terukir kukuh dalam sejarah negara bangsa sebagai Bapa Kemerdekaan. Jasa baktinya terus segar dalam ingatan dan tetap subur dalam kenangan.

“Tunku ialah seorang insan, seorang pemimpin, negarawan yang menjadi milik dan kepunyaan umum, memiliki sifat terserlah lagi unggul, sifat mulia lagi murni.  Ketika hayatnya, Almarhum telah dapat menyentuh setiap hati dan setiap jiwa rakyat,” titah baginda.

Berkongsi kenangan mengenai Tunku Abdul Rahman, Sultan Nazrin bertitah bekas perdana menteri itu adalah pemimpin yang boleh membuat jenaka yang mengejutkan, bermain gelung hula di atas pentas dan boleh membuatkan orang ramai melupakan masalah mereka dan ketawa dengan beliau.

Sultan Nazrin menegaskan Tunku Abdul Rahman adalah seorang pemimpin yang percaya kepada pengasingan kuasa dan menegakkan integriti institusi dalam badan kehakiman, perundangan dan eksekutif.

“Beliau begitu memahami mengenai kesaksamaan dan keadilan dan walaupun beliau begitu menyayangi rakyatnya dan mahu mengangkat martabat orang Melayu, Tunku menganggap semua rakyat Malaysia adalah sama dengan beliau. Mungkin perasaan kesaksamaan dan keadilan itu disebabkan minat beliau dalam bidang sukan,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Nazrin menyifatkan Abdullah yang juga bekas ahli politik, wartawan dan diplomat itu sebagai saksi kepada sejarah.

“Beta gembira bahawa dia telah menulis buku ini kerana ia memberi satu lagi perspektif mengenai masa lalu. Dalam satu bab dalam buku ini, penulis merekodkan perbualan beliau dengan Tunku mengenai peranan monarki perlembagaan Malaysia.

“Tunku bercakap tentang peranan Raja-raja dalam perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan dan menceritakan bagaimana beliau terpaksa memainkan peranan sebagai pengimbang berikutan sesetengah keluarga diraja suka berlebih-lebihan,” katanya.

Abdullah Ahmad adalah bekas anggota Parlimen Kok Lanas, Kelantan dan setiausaha politik kepada Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

08/07/2023
0

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd