• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker Dewan Negara Usir 4 MP Pembangkang Buat PC Haram

oleh
19/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pagi Selasa bertindak tegas apabila mengusir empat ahli parlimen pembangkang yang sedang rancak mengadakan sidang media ‘haram’ di lobi Parlimen di sini.

Mereka ialah Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw; Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parlimen PKR Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin dan Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong.

Abu Zahar ketika itu sedang memasuki lobi menuju ke dewan apabila ternampak empat ahli parlimen tersebut mengadakan sidang media lalu menghampiri mereka dan mengarahkan kesemuanya segera keluar daripada lobi.

Empat ahli parlimen tersebut dilihat akur dengan arahan Abu Zahar dan kemudiannya mereka menyambung semula sidang media berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar bangunan Parlimen.

Kesemua mereka yang terlibat dalam sidang media tanpa kebenaran itu secara kebetulan ialah ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu selesai mengadakan prosiding berhubung isu 1MDB baru-baru ini.

Sementara itu ketika dalam Dewan Negara, Abu Zahar menyatakan pendirian beliau bahawa semua ahli Dewan Rakyat tidak ada hak untuk menggunakan ruang dalam bangunan Parlimen ketika Dewan Negara bersidang.

“Saya rasa kalau nak buat sidang media memang tidak ada masalah, tapi apa hak mereka nak gunakan Parlimen? ini bukan persidangan Dewan Rakyat, tidak dibenarkan selain daripada ahli Dewan Negara bagi kenyataan.

“Jangan cuba mahu kacau persidangan Dewan Negara yang tengah bersidang, begitu juga dengan ahli Dewan Negara, jangan pula kacau sidang Dewan Rakyat, hormati dewan, itu pendirian saya,” tegas beliau lagi.

Perkara itu ditegaskan sebanyak dua kali dengan meminta pihak kawalan keselamatan mengambil maklum perkara tersebut dan tidak membenarkan ahli Dewan Rakyat memasuki lobi ketika Dewan Negara bersidang.

Pendirian tegas Abu Zahar disokong ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Mohamad Ali Rustam yang berpendapat, pembangkang tidak patut mengambil kesempatan menggunakan sidang media ketika bukan sidang Dewan Rakyat.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Abu Zahar UjangDewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Detik Cemas Wanita Nekad Terjun Kandang Harimau

Next Post

Video: Aksi ‘Superman’ Minah Rempit Ipoh Terima Kecaman

Related Posts

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian...

Next Post

Video: Aksi 'Superman' Minah Rempit Ipoh Terima Kecaman

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd