• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Digesa Hapus Permit Kolam Takungan Air

oleh Ahmad Albab
08/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggesa kerajaan Selangor menghapuskan bayaran permit penggunaan tanah untuk kolam takungan air Parit 4, Sungai Hj Dorani di sini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia berikutan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, terpaksa membayar bayaran permit sebanyak RM62,000 setahun kepada kerajaan negeri yang mana jumlah itu disifatkan terlalu tinggi.

Beliau berkata wang tersebut sebaliknya boleh disalurkan untuk memberi bantuan kepada petani.

“Kerajaan negeri patut melihat semula sejarah pembinaan kolam takungan ini yang diusahakan oleh kerajaan persekutuan melalui IADA yang menelan belanja kira-kira 20 juta,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di kolam takungan itu di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Pengarah IADA Barat Laut Selangor Eliyas Saad.

Ahmad Shabery berkata kolam takungan itu yang sepatutnya siap pada 2012 turut dihentikan pembinaannya selama dua tahun berikutan mendapat bantahan daripada kerajaan negeri.

“Disebabkan kita mahu projek kolam takungan diteruskan pembinaannya, jadi IADA terpaksa membayar denda lebih RM600,000 bagi mendapatkan kelulusan tanah milik Jabatan Hutan Selangor itu untuk membangunkan kolam takungan ini,” katanya.

Katanya kolam takungan yang siap sepenuhnya pada pertengahan 2014 atas usaha kerajaan pusat itu telah dapat membantu membekalkan air ke kawasan padi seluas 18,899 hektar, diusahakan kira-kira 9,000 petani.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat berhubung anggaran pengeluaran padi di seluruh negara berikutan fenomena El Nino yang melanda negara masa kini.

Katanya, maklumat itu perlu bagi mengetahui sama ada pengeluaran padi pada musim panas ini merosot atau tidak. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd