• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Bincang Dengan Kerajaan Pusat Kaji Dasar Kabotaj

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Sarawak sedang berbincang dengan kerajaan pusat untuk mengkaji Dasar Kabotaj bagi menarik lebih banyak pelaburan serta mewujudkan ramai lagi usahawan di negeri ini.

Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berharap melalui kajian itu, mana-mana produk dan bahan berasaskan makanan boleh terus dibawa ke negeri ini, dan tidak perlu lagi melalui Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan kos berganda.

“Perdagangan kita banyak. Kita boleh import terus makanan dari Guangzhou, Beijing dan Hongkong tanpa melalui Pelabuhan Klang.

“Malah, kalau ada hubungan dengan India, kita boleh import bawang terus dari sana dan ini menguntungkan rakyat Sarawak,” katanya ketika merasmikan Sama Kampung KitchenWare Sdn Bhd di sini.

Beliau berkata ia juga akan menggalakkan lebih ramai usahawan untuk terus berurus niaga, serta melahirkan banyak golongan itu yang menceburi perniagaan berasaskan industri makanan yang baharu.

Di bawah Dasar Kabotaj, pengangkutan barang-barang dan penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke pelabuhan atau tempat lain di negara ini, hendaklah diangkut dengan kapal berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai lesen perkapalan dalam negeri yang sah.

Sementara itu, Abang Johari yang bertanding untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, menggesa lebih ramai usahawan tempatan membangunkan hasil pertanian dengan mengambil peluang daripada kawasan yang luas di Sarawak.

“Tanah kita luas. Kita boleh labur dalam pelbagai hasil pertanian untuk pasaran tempatan dan luar. Cara berniaga kita perlu berubah, kita tidak boleh seperti dahulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rita Rudaini Bersyukur Keputusan Mahkamah, Anggap Itu Keadilan

Next Post

Operator Kilang Muat Naik Hasutan Di Facebook Ditahan

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Operator Kilang Muat Naik Hasutan Di Facebook Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd