• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Akan Terus Teguh Sokong Kepimpinan Najib

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Sarawak akan terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Ini kerana perdana menteri telah menunjukkan keikhlasan dan komitmennya untuk membantu negeri ini mengejar pembangunan dan kemajuan sebagaimana dinikmati negeri lain di dalam negara ini.

Najib juga amat memahami dan berfikiran terbuka apabila kepimpinan negeri membangkitkan isu seperti penurunan lebih kuasa kepada kerajaan negeri dan memulihkan hak-hak lain yang diberikan kepada Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 apabila ia menyertai pembentukan Malaysia.

“Beliau tidak marah tetapi akan berkata kita boleh berbincang dan berunding,” beliau berkata pada majlis makan malam dan sesi ramah mesra bersama rakyat di Kelab Golf & Country Eastwood Valley yang dihadiri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di sini malam ini.

Adenan berkata biarpun Najib berhadapan dengan masalah di Semenanjung, Sarawak tetap menyokong beliau.

“Pendek kata, Najib memahami Sarawak dengan baik terutama kemahuannya untuk mengejar negeri-negeri yang lebih maju.

Beliau sudah 49 kali melawat negeri ini hampir kesemua ceruk dan rantau,” katanya.

Beliau berkata apa yang menarik tentang lawatan dan tinjauan mesra Najib, ialah beliau tidak datang dengan tangan kosong atau hanya menguntumkan senyuman.

“Tinjauan mesranya telah menghasilkan tidak kurang RM3 bilion dalam bentuk geran pembangunan yang diagihkan biarpun dalam keadaan ekonomi negara yang tidak begitu baik ekoran kejatuhan harga minyak dunia,” kata beliau.

“Daripada enam perdana menteri yang kita ada, beliau adalah yang paling penyayang dan prihatin terhadap Sarawak,” kata Adenan. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar GST Kekal, PM Nafi Dakwaan DAP Sarawak

Next Post

Bayi Maut Dipercayai Akibat Dihempas Ke Lantai

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Bayi Maut Dipercayai Akibat Dihempas Ke Lantai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd