• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ryan Reynolds, Blake Lively Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

oleh AK-47
16/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN pelakon terkenal Hollywood, Blake Lively dan suami, Ryan Reynolds dilapor bakal menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat ini.

Walau bagaimanapun, sumber majalah hiburan People tidak mendedahkan usia kandungan aktres yang popular dengan drama bersiri Gossip Girl itu.

Menurut sumber, pasangan itu sangat gembira dengan berita tersebut memandangkan Blake mahukan tiga cahaya mata bagi menyerikan lagi kehidupan rumah tangganya.

Malah, hal itu turut dipersetujui suaminya yang kini semakin popular dengan watak adiwira Deadpool.

“Kami teringin mempunyai anak yang ramai sebab kami berdua pun datang daripada ahli keluarga yang ramai. Adik beradik saya empat, Blake pula lima.

“Ada yang cakap perkara itu mustahil (untuk mempunyai ramai anak), tapi kami rasa kami bersedia untuk itu,” kata Ryan.

Blake dan Ryan mempunyai seorang lagi anak perempuan, James yang dilahirkan pada 16 Disember 2014.

blake1

Setakat ini, jurucakap aktres itu masih belum memberi sebarang pengesahan berikutan kisah kehamilan keduanya seperti mana yang dikongsikan oleh majalah hiburan tersebut.

Blake dan Ryan berkahwin pada September 2012 di sebuah majlis tertutup di Carolina Selatan, Amerika Syarikat walaupun baharu sahaja berkenalan rapat beberapa bulan sebelum itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hollywoodmyArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesemua Pelajar Malaysia Di Kumamoto, Jepun Selamat

Next Post

‘Hafidz Perlu Belajar Hormati Pelakon Lebih Lama’ – Uqasha

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Next Post

'Hafidz Perlu Belajar Hormati Pelakon Lebih Lama' - Uqasha

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd