• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Kajang Gesa Hentikan Projek Mega Rumah Bakar Mayat

oleh
21/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Baharu dua tahun menjadi wakil rakyat, penduduk Kajang mula mempersoalkan kredibiliti Wan Azizah Wan Ismail yang lebih sibuk dengan tugas Presiden PKR dan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.

Terkini, mereka terpaksa mengadakan bantahan aman di pekarangan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini semata-mata meluahkan protes setelah ADUN Kajang itu sendiri gagal menguruskan masalah rakyat di situ.

Ini bukan cerita banjir kilat atau isu sampah yang sudah lama gagal ditangani, sebaliknya kumpulan tujuh taman perumahan itu berang dengan projek mega rumah bakar mayat bukan Islam didakwa terbesar di negeri tersebut.

Bantahan bukan sahaja melibatkan umat Islam, kerana ia terletak berhampiran dengan Surau Taman Jasmin dan Sekolah KAFA di kawasan berkenaan, malah majoriti penduduk dalam kalangan penganut bukan Muslim sendiri.

Mereka jelas bimbang projek krematorium di Lot 4539 oleh syarikat Lotus Garden Memorial Park Sdn. Bhd. bakal memberi kesan tidak sahaja kepada harga hartanah, bahkan impak sosial dan alam sekitar dalam jangka panjang.

Bantahan melibatkan ribuan penduduk Taman Jasmin, Taman Jasmin 2, Taman Permai, Taman Damai Indah, Taman Damai Mewah, Taman Tiara Residence dan Selesa I-Resort yang bakal menjadi mangsa projek mega itu.

kubur2

kubur3

kubur5

kubur4
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Mat Suhaimi Shafiei

Kumpulan tersebut mendakwa, lot untuk rumah pembakaran mayat itu merupakan tanah kerajaan sekali gus mempersoalkan kewajaran sebuah syarikat swasta dapat mengaut keuntungan besar menerusi projek berkenaan.

Selain itu, penduduk tidak dimaklumkan oleh pemaju dan mereka hanya mengetahui cadangan projek tersebut melalui iklan tanpa proses perbincangan selain tidak sensitif kerana dibina di tengah kawasan padat kediaman.

Pembinaan krematorium itu juga dibimbangi boleh menyebabkan kerosakan alam sekitar memandangkan lokasi melibatkan kawasan cerun berisiko tanah runtuh dan banjir lumpur kepada taman perumahan di sekitarnya.

Dari segi sosial, ia dikhuatiri memberi gangguan serius kepada kehidupan harian penduduk seperti aktiviti kenduri kahwin kerana operasi pembakaran mayat dan upacara sembahyang boleh berlangsung 24 jam sepanjang tahun.

Justeru penduduk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Azmin Ali memohon campur tangan pihak kerajaan negeri agar membatalkan projek tersebut demi kepentingan rakyat Selangor. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Azmin AliKajangkrematoriumMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd