• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Minta Rakyat Perlis Sabar Hadapi Kemarau

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah meminta agar rakyat Perlis bersabar dalam menghadapi dugaan sepanjang musim kemarau kesan daripada fenomena El Nino.

Baginda bertitah rakyat juga diminta terus mendirikan solat Istisqa’ dan berdoa kepada Allah agar memudahkan kesulitan yang dihadapi serta mengelak daripada terkena strok haba mahupun sebarang penyakit berkaitan cuaca panas.

“Dalam menghadapi kemarau panjang, seluruh rakyat turut diingatkan agar sama-sama memainkan peranan dengan mengelakkan sebarang pembaziran dalam penggunaan air,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah semasa menutup kejohanan Woodball Tertutup Perlis Siri 4/2016 di Gelanggang Woodball Antarabangsa, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra di Pauh Putra di sini, Isnin.

Keberangkatan baginda disambut Pengara?h Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Abdul Najib Abdullah.

Baginda bertitah JPS Perlis sedang berusaha memastikan air mencukupi di Empangan Timah Tasoh melalui penambahan telaga tiub selain bekerjasama dengan Syarikat Air Perlis (SAP) dalam menangani masalah ini.

“Difahamkan JPS Perlis kini turut membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir di masa akan datang antaranya dengan menyiapkan Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh dan menaik taraf Empangan Timah Tasoh fasa dua dan tiga.

“Walaupun JPS Perlis telah cuba melaksanakan yang terbaik, setiap anggota masyarakat juga perlu mengikis sikap suka membuang sampah di merata tempat terutamanya ke dalam sungai, tasik, kolam atau parit yang menyebabkan saliran air tersumbat dan banjir kilat,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan rakyat jika berlaku banjir, keselamatan diri dan keluarga mestilah menjadi keutamaan dan segera menuju ke pusat-pusat penempatan sementara yang disediakan kerajaan yang akan cuba memberi bantuan yang sewajarnya.

Kejohanan woodball anjuran JPS Perlis dengan kerjasama Persatuan Woodball Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu berjaya menarik lebih 200 penyertaan? termasuk buat julung kalinya mempertandingkan kategori baharu bagi pelajar sekolah rendah dan menengah. – BERNAMA

Tags: kemarauRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terusan Panama Sesak Susulan Kemarau, 126 Kapal Kargo Tersekat

Terusan Panama Sesak Susulan Kemarau, 126 Kapal Kargo Tersekat

26/08/2023
0

MEXICO CITY - Pihak Berkuasa Terusan Panama (ACP) pada Jumaat berkata masa menunggu untuk transit melalui terusan itu kini dianggarkan...

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

14/08/2022
0

LONDON – Lapan buah kawasan di Britain secara rasmi diisytiharkan mengalami kemarau akibat suhu tinggi dan taburan hujan yang rendah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd