• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPD Diberi Kuasa Tangani Kes Histeria – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
21/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Pendidikan memberi kuasa penuh kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat keputusan berhubung kes histeria di sekolah, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata selain PPD, pihak sekolah juga dibenar mencari penyelesaian terbaik termasuk dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional.

“Tapi (bawa pelajar) ke hospital adalah perkara nombor satu. Selepas itu nak panggil panggil bomoh, dukun, kita biarkan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-39 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak di sini hari ini.

Mahdzir diminta mengulas mengenai kes serangan histeria yang berlaku di tiga buah sekolah minggu ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1, SMK Kemumin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 3 Kelantan.

Mengenai kes murid dipatuk ular dua tiga hari ini, beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD perlu memberi arahan kepada pihak sekolah agar mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kontraktor pembersihan ada di sekolah, mungkin boleh digerakkan sekali untuk usaha pembersihan,” kata Mahdzir.

Semalam seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong di Rembau dilapor dipatuk ular ketika mengikuti pendidikan jasmani di padang sekolah.

Kejadian itu berlaku selang sehari selepas seorang murid Tahun Satu SK Datu Hashim, Kota Baharu meninggal dunia dipercayai akibat dipatuk ular di sekolahnya. – BERNAMA

Tags: HisteriaMahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd