• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Beri Penghormatan Kepada Sasterawan Negara

oleh AK-47
26/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur, Selasa – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bakal melancarkan koleksi setem Sasterawan Negara bermulaa Jumaat ini di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.

Para penggumpul serta peminat setem di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula boleh mendapatkan koleksi setem ini pada Isnin, 2 Mei 2016.

Koleksi siri setem terbaharu ini mengetengahkan tiga sasterawan negara yang terkemuka iaitu Kamaluddin Muhammad (“Keris Mas”), Usman Awang (“Tongkat Warrant”) dan Mohammad Abdul Biang (“Arena Wati”).

Pos Malaysia Beri Penghormatan Kepada Sasterawan Negara

“Keluaran koleksi setem kali ini merupakan usaha Pos Malaysia dalam memberi penghormatan kepada sasterawan negara Malaysia atas kecemerlangan mereka dalam menghasilkan karya sastera bertaraf dunia, memupuk minat membaca di kalangan warganegara Malaysia serta memelihara dan mengetengahkan warisan negara melalui koleksi setem sebegini.

“Karya-karya sebegini kebanyakannya ditulis dengan tangan oleh para sasterawan ini, dan sejajar dengan itu, mata pena digunakan sebagai tanda pembatalan bagi mengenang penat lelah mereka dalam menghasilkan karya yang menjadi warisan berzaman. Saya percaya para peminat dan penggumpul setem bakal menambah koleksi mereka dengan siri koleksi pada kali ini ,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.

Pos Malaysia Beri Penghormatan Kepada Sasterawan Negara

Lembaran kali ini mempunyai tiga ilustrasi berharga 80 sen setiap satu dan yang menariknya ia dicetak dengan latar belakang perak serta bertinta emas.

Selain itu, lain-lain produk filateli yang dijual adalah Sampul Hari Pertama (FDC) yang disertakan brosur pada harga 55 sen setiap satu, sementara folder dijual pada harga RM6.35 setiap satu. Harga bagi set lengkap siri Sasterawan Negara ini adalah RM57.30 setiap satu.

Orang awam digalakkan untuk membuka Standing Order Deposit Account (SODA) untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA dengan mendaftar secara atas talian di www.posonline.com.my untuk menikmati pelbagai faedah istimewa sebagai ahli SODA.

Sila layari laman web www.pos.com.my atau lawati terdekat Pos Malaysia Bahagian Galeri Filateli di Tingkat Dua, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur. Sebagai alternatif, sila hubungi 03-22672267 samb. 2000 atau melalui emel kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut.-MYNEWSHUB.CC

Tags: Pos Malaysiasetem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

30/11/2025
0

BANDUNG, INDONESIA — Malaysia achieved a spectacular and record-breaking triumph at the Five Nations 2025 Stamp Exhibition, hosted by Indonesia...

Pos Malaysia Naikkan Kadar Pos Komersial

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Februari, 2020, dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd