• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Populariti Adenan Suntik Semangat Untuk Dapat Mandat Lebih Besar

oleh Ahmad Albab
20/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIMUNJAN (Sarawak) – Populariti Ketua Menteri, Tan Seri Adenan Satem dijadikan sebagai penyuntik semangat bagi Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat lebih besar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Naib Presiden Kanan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata walaupun penerimaan dan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Adenan adalah positif namun ia tidak akan menjadikan jentera pilihan raya BN leka dan mengambil sikap mudah dalam menghadapi PRN-11, 7 Mei ini.

“Kita anggap pilihan raya ini satu perkara yang serius. Pokok pangkalnya untuk memastikan Adenan mendapat mandat besar untuk terus membangunkan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan air Simunjan dan Gedong di sini Rabu.

Beliau mengulas laporan hasil kajian Merdeka Center yang menunjukkan 81 peratus daripada 815 responden dalam kalangan pengundi Sarawak berpuas hati dengan prestasi Adenan.

Kajian yang dibuat Januari lepas itu menunjukkan peratusan itu telah meningkat berbanding 74 peratus dicatatkan pada April 2015.

Dalam ucapannya di majlis itu, Awang Tengah, yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri, berkata dasar-dasar yang menjaga hak dan kepentingan rakyat serta negeri ini telah menjadikan populariti Adenan semakin meningkat.

Katanya dalam tempoh dua tahun, lebih 50 dasar yang tidak pernah dilaksanakan di negeri-negeri lain telah dikuatkuasakan oleh Adenan.

Ini antaranya penurunan tarif elektrik sehingga 50 peratus, pengecualian bayaran elektrik untuk penggunaan tidak melebihi RM20 sebulan, penghapusan bayaran premium untuk tanah bagi pertanian dan kediaman dan penghapusan bayaran tol jalan raya.

“(Dasar-dasar ini menggambarkan) matlamat dan iltizam beliau untuk menjaga rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Kembara MSAM-UMW 2016’ Pererat Hubungan Dengan Orang Asli

Next Post

Xiaomi Redmi 3 Pro Diperkenalkan, Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Xiaomi Redmi 3 Pro Diperkenalkan, Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd