• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas Haiwan Eksotik Bernilai RM1.5 Juta

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Pasukan Polis Marin (PPM) Kelantan menahan empat lelaki dan merampas sejumlah besar haiwan eksotik bernilai RM1.5 juta dipercayai cuba diseludup ke negara jiran, malam tadi.

Pegawai Operasinya Insp Hamdan Mustafa berkata antara haiwan eksotik yang dirampas itu termasuk kura-kura, labi-labi, musang dan babi hutan yang sudah disejuk beku dan yang masih hidup.

Menurutnya keempat-empat suspek berusia 20 hingga 45 tahun itu ditahan ketika sedang mengangkut haiwan eksotik itu dari beberapa kenderaan ke bot nelayan di Limbungan Sireh, Tok Bali, kira-kira pukul 9 malam tadi.

“Dua daripada suspek adalah rakyat negara jiran dan dua lagi rakyat tempatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Hamdan berkata haiwan eksotik itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

“Ini adalah kes pertama yang membabitkan rampasan haiwan eksotik tahun ini dan merupakan yang terbesar setakat ini hasil maklumat orang awam dan risikan polis.

“Kita akan terus memantau aktiviti penyeludupan haiwan eksotik ke luar negara memandangkan ia mendapat permintaan tinggi dari negara jiran,” katanya. – BERNAMA

Tags: haiwanPPMseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd