• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persenda Islam: Vivian Diperintah Bela Diri Tapi Alvin Tan…?

oleh Ahmad Albab
14/04/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen memerintahkan bekas teman wanita blogger kontroversi Alvin Tan, Vivian Lee membela diri terhadap pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan dengan menerbitkan penerbitan menghasut dalam laman sosial Facebook, tiga tahun lepas.

Hakim Abdul Rashid Daud membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Vivian Lee atau Lee May Ling, 27, di akhir kes pendakwaan hari ini.

Mahkamah menetapkan 10 dan 11 Mei ini untuk Lee, yang diwakili peguam Chong Joo Tian, membela diri dengan memberi keterangan secara bersumpah terhadap pertuduhan tersebut mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Mengikut pertuduhan, Lee dan Tan didakwa menyiarkan gambar mereka menikmati hidangan dengan kapsyen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising (‘Selamat Berbuka Puasa (dengan) Bak Kut Teh, Wangi, Enak dan Menyelerakan’) yang mengandungi logo halal.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu melalui laman sosial Facebook pada 9 pagi 12 Julai 2013.

Bagaimanapun, Abdul Rashid melepas dan membebaskan Lee daripada pertuduhan menyiarkan gambar lucah di Facebook mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002.

Ketika ditanya pemberita di luar mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengenai pertuduhan terhadap Alvin Tan atau Tan Jye Yee, beliau berkata: “Pada hari ini keputusan hanya terhadap Lee bagaimanapun pendakwaan terhadap Tan masih diteruskan meskipun tanpa kehadirannya di mahkamah.”

Mereka turut didakwa terhadap tuduhan menyiarkan gambar lucah dalam laman Facebook sama antara 9 malam 6 Julai 2013 dan 2 pagi 7 Julai 2013.

Pada 6 Mac tahun lepas, pendakwaan meneruskan perbicaraan terhadap Lee meskipun tanpa kehadiran Tan, 28, yang disyaki melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mengelak menghadiri prosiding perbicaraan. – BERNAMA

Tags: Alvin TanVivian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Soal Kepercayaan Tak Boleh Dipaksa’

02/07/2018
0

GARA-GARA kerap bawa watak lelaki Islam, pelakon yang semakin menyerlah menerusi drama Melayu, Alvin Chong pernah didesak segelintir peminat supaya...

Vivian Lee Letak Semua Kesalahan Terhadap Bekas Teman Lelakinya

11/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada blogger, Alvin Tan, meletakkan semua kesalahan terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd