• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Komuter Hadapi Gangguan Teknikal

oleh Ahmad Albab
18/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan komuter bagi semua laluan sedang menghadapi gangguan berikutan ‘switch rail’ di stesen Kuala Lumpur patah.

Perkara ini disahkan Ketua Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ridwan Arshad yang sekali gus menyangkal dakwaan bahawa landasan komuter telah patah.

Beliau berkata suis tersebut rosak di stesen utama sehingga menyebabkan laluan terganggu.

Namun sebaik mendapat laporan mengenai kerosakan itu, pihakya menerusi Jabatan Urusan Jalan KTMB segera memulakan kerja memperbaiki suis, katanya.

“Perkara itu kami dapat tahu kira-kira pukul 7 pagi tadi (waktu puncak) dan kerja pembaikan sedang dijalankan sehingga kini.

“Ekoran kerosakan itu, perkhidmatan KTMB kini hanya menggunakan satu lorong yang sekali gus akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan antara 20 hingga 30 minit,” katanya kepada Bernama.

Ridwan berkata pihak KTMB memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

“Kami sedar ia berlaku pada waktu puncak dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna,” katanya.

Ribuan penumpang yang terjejas dengan perkara tersebut dilihat terpaksa mencari pelbagai pengangkutan alternatif untuk ke tempat kerja atau destinasi lain sehingga ramai yang kelewatan. – BERNAMA

Tags: komuterKTMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd