• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang Marah Rayani Air Tak Dapat Dihubungi

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ramai bakal penumpang Rayani Air yang telah menempah tiket penerbangan dengan syarikat itu kesal kerana Rayani Air didakwa tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan penjelasan mengenai penggantungan operasi syarikat penerbangan itu selama dua bulan.

Tinjauan mynewshub.cc di laman Facebook Rayani Air mendapati ramai bakal penumpang Rayani Air memuat naik komen rasa hampa mereka kerana tidak mengetahui tentang status tiket penerbangan yang telah ditempah awal dengan syarikat itu sebelum ini.

“Memanjang tidak dapat dihubungi!!!!. Mohon buka pusat panggilan 24 jam.. Saya cuba memanjang tak dpt dihubungi,” kata pemilik akaun Facebook Aqi Ain.

Pemilik akaun Facebook Zuhaila Muhamad berkata: “Kenapa saya call no di atas tidak diangkat? Saya call RayaniAir Kota Bharu 09-7745787 juga tidak diangkat. Semalam malam kaunter RayaniAir di Airport Kota Bharu tutup. Pihak airport beri no Rayani Kb. Minta cuba call hari ini. Tak kan la hari2 nk g airport nk bertanya dgn tak tahu kaunter buka atau tutup?”

“No call, no sms..nasib baik trgerak hati tgk FB..wehhh,flight aku esok tau x? Sesuka hati nk cancel flight plus short notice! oh,without notice actually! Refund tu nk tunggu berapa tahun pulak? Cuti dah apply, hotel + transport dah book,kalo cancel flight, sape nk bayar balik kt kami semua2 tu???,” kata Normi Zakaria.

Rayani Air yang dikenali sebagai syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia dan baru dilancarkan pada Disember tahun lalu mengumumkan menggantung operasinya selama dua bulan berkuat kuasa semalam.

Bagaimanapun ada juga pengguna Facebook memberi kata-kata sokongan ke atas Rayani Air supaya kembali pulih daripada kemelut dialami.

“Harap dpt selesaikan segera masalah tersebut… Saya tetap sokong RayaniAir… Kami dalam golongan orang yang kurang mampu memerlukan khidmat anda… Love & support u RayaniAir…,” kata pemilik akaun Facebook OneMile Shagran Assegaf.

Azrey Hussin pula berkata, “Cabaran dlm perniagaan. Bukan mudah memberi kepuasan kpd pelanggan. Harap rayyani air terus berdiri teguh menghadapi ujian yg berliku.. respect”. – MYNEWSHUB.CC

Tags: penumpangRayani Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

Penumpang Lahirkan Bayi Di Balai Menunggu KLIA

01/01/2024
0

SHAH ALAM - Kakitangan dan orang ramai di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhadapan situasi luar biasa...

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

20/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Pemandu bas yang ingkar peraturan jalan raya sehingga membahayakan keselamatan penumpang akan diambil tindakan tegas termasuk tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd