• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penternak Ikan Kelah Di Gua Musang Kerugian RM36,000

oleh Ahmad Albab
11/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seorang penternak ikan kelah mendakwa sudah kerugian RM36,000 akibat kemarau sejak sebulan lalu dan khuatir akan mengalami lebih kerugian jika keadaan cuaca panas kering ini berterusan.

Mat Nawi Hussin, 56, berkata empat kolamnya mengandungi 9,000 ekor ikan kelah sudah kering dan ikan berkenaan sudah dipindahkan ke empat lagi kolam yang masih mengandungi air.

“Setakat ini 200 ekor ikan kelah mati, dianggarkan kerugian RM36,000 kerana setiap ekor ikan kelah itu yang beratnya satu kilogram boleh dijual RM180 seekor,” katanya kepada pemberita di Kampung Lepan Jaya di sini, semalam.

Ikan kelah amat sensitif dan mudah mati dalam keadaan air yang suhunya panas, katanya dan menurutnya beliau turut menternak 13,000 ekor ikan patin dan 5,000 ekor ikan tilapia.

Beliau yang menternak ikan sejak 28 tahun lalu, kini bergantung pada sumber air hujan dan air parit berdekatan untuk ternakannya.

Katanya ikan yang diternak mendapat pasaran baik di negeri ini, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: cuaca panasPenternak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd