• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengendali Makanan Sebabkan Keracunan Disenarai Hitam

oleh Ahmad Albab
09/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan akan menyenarai hitam mana-mana syarikat atau pengendali makanan dan minuman yang menyebabkan keracunan makanan.

Menegaskan demikian, Timbalan Menteri Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata mereka yang berkenaan tidak dibenarkan beroperasi berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, arahan itu dikeluarkan selepas penularan kes keracunan makanan didapati semakin membimbangkan.

“Masalah keracunan makanan ini berlaku apabila pengurusan syarikat atau pengendali berkenaan gagal mematuhi Akta Makanan dan peraturan pengendalian makanan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) di Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Induk program JPB, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Pada 3 April lepas, 43 orang pelajar dan seorang guru Sekolah Menengah Sains Tapah di Perak keracunan makanan selepas dikatakan memakan roti jala dan kari ayam di sekolah itu.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata, pihaknya kini giat membanteras penularan penyakit Tuberculosis (tibi) atau batuk kering.

Lebih 24,000 kes baharu dilaporkan sepanjang tahun lepas – 1,696 orang daripadanya maut.

Katanya, “Walaupun kes tibi dapat dikurangkan sebelum ini, wujud trend peningkatan sejak akhir-akhir ini.

“Pelbagai punca peningkatan tibi antaranya ketahanan kuman terhadap rawatan kimoterapi dan ubat, selain kemasukan PATI ke negara ini yang tidak menjalani saringan kesihatan,” katanya.

Justeru, beliau meminta semua pihak termasuk majikan bersama menangani penyakit tibi dengan tidak menggaji PATI yang tidak diketahui status kesihatan mereka. – BERNAMA

Tags: Hilmi Yahayakeracunan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek RKAT Kem Sri Miri Siap Hujung Tahun Ini – Hishamuddin

Next Post

Jangan Jadikan Isu 1MDB Penghalang Kemajuan Negara

Related Posts

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

20 Pelajar Keracunan Lepas Minum ‘Spirit’

09/06/2023
0

KOTA MARUDU – Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan...

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

18/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan...

Next Post

Jangan Jadikan Isu 1MDB Penghalang Kemajuan Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd