• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kampung Kaki Bukit, Baling Bimbang Kehadiran Gajah

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Penduduk di Kampung Kaki Bukit, Rambong Batu 7 di sini semakin bimbang dengan kehadiran gajah liar yang kini mula mendekati kediaman mereka dan boleh membahayakan nyawa penduduk.

Gajah itu merosakkan tanaman penduduk seperti pokok pisang, nangka dan kelapa pada setiap malam sejak beberapa malam lepas.

Maznah Said, 61, bimbang kerana hampir setiap malam gajah berkenaan berkeliaran di kawasan rumahnya yang turut memusnahkan pokok-pokok tanaman di sekeliling rumah.

Ibu tunggal itu yang tinggal bersama-sama saorang anak perempuan dan menantunya berkata penduduk kampung telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Kami harap pihak Perhilitan dapat menangkap atau menghalau gajah itu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Kaki Bukit di sini, Kamarudin Umat, 40, berkata gajah berkenaan kemungkinan dari kawasan hutan di negara jiran yang merayau masuk ke kampung.

Katanya sebelum ini gajah turut dilaporkan berkeliaran di kawasan rumah penduduk Kampung Padang Cicar, Rambong dan memusnahkan kira-kira 300 pokok pisang yang telah mengeluarkan hasil. – BERNAMA

Tags: gajahpenduduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

04/07/2024
1

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd