• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Perubatan Selamatkan Nyawa Mangsa Lemas

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Meskipun belum sah bergelar seorang doktor, pelajar tahun akhir jurusan perubatan, N. Ganesh, 25, berjaya menyelamatkan nyawa seorang mangsa lemas di Teluk Bahang pada 12 Mac lalu.

Ganesh baharu sahaja keluar dari kawasan hutan selepas melakukan aktiviti pendakian apabila terdengar suara orang berteriak, “Tolong! Kami perlukan doktor! Dia lemas”.

Teriakan itu datang dari dua lelaki di dalam sebuah bot yang baharu sahaja mendarat di tepi pantai Taman Negara Pulau Pinang.

Mereka membawa bersama seorang lelaki muda yang terbaring di atas dek bot tersebut.

Ganesh berlari ke arah lelaki tidak bermaya itu dan memberikan bantuan pernafasan awal (CPR).

“Selepas beberapa penekanan dada di bahagian luar, lelaki tersebut mengeluarkan air dari mulutnya dan mula bernafas secara normal.

“Kami kemudian membawanya ke atas pantai dan mengiringkan badannya. Saya menolak perutnya bagi membolehkan dia mengeluarkan air laut yang telah ditelan,” kata Ganesh yang berasal dari Brunei.

Selepas memastikan ambulans sedang dalam perjalanan, Ganesh meninggalkan pantai Teluk Bahang.

“Ini adalah nyawa pertama yang saya selamatkan,” kata pelajar perubatan tahun akhir itu.

Ganesh akan menamatkan pengajiannya di Kolej Perubatan Pulau Pinang pada Jun ini.

Gambar Ganesh yang dirakamkan semasa kejadian itu menjadi viral di Facebook.

Malah, beliau turut menghubungi The Star pada Jumaat lalu untuk memastikan jika terdapat sebarang laporan mengenai perkara itu kerana dia mahu mendapatkan salinannya.

Difahamkan mangsa yang hanya dikenali sebagai Mohd Ridzuan dikatakan sedang mandi bersama rakan-rakannya dekat Pantai Monkey sebelum lemas.

Namun, dia berjaya ditarik rakan-rakannya dan sebuah bot nelayan yang melalui kawasan itu membawa mereka ke kawasan pantai.

“Perkara penting adalah tidak banyak ilmu perubatan diperlukan untuk membantu lelaki itu.

“Sesiapa sahaja boleh mempelajari CPR kerana kita tidak pernah menjangka bila ia mungkin berguna kepada diri kita,” kata Ganesh. – mStar Online

Tags: lemaspelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd